28 November 2013

Peringatan buat diri: Semangat untuk mengamalkan Islam itu lahir salah satunya daripada perbuatan kita menyampaikan dan menyebarkan.

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Peringatan buat diri:

Semangat untuk mengamalkan Islam itu lahir salah satunya daripada perbuatan kita menyampaikan dan menyebarkan. Maknanya makin kita ambil peranan untuk sampaikan dan sebarkan, makin semangat kita nak amalkan sesuatu amalan.

Setuju tak? Ada tak yang rasa macam ni? Mungkin ini sebab2nya:

Satu; sebabnya ialah kita terdorong sendiri dek nasihat yang kita sampaikan. Kita sendiri termotivasi dan terbimbing dek kerana kefahaman sesuatu perkara yang kita sampaikan itu. Diri sendiri diberikan berita gembira dan ancaman itu. 

Kerana telinga dan qalbu yang paling dekat ialah telinga dan qalbu si penyampai itu sendiri, sebelum ia sampai pada telinga dan qalbu orang lain.

Dua; sebabnya ialah dia takut termasuk dalam golongan 'cakap tak serupa bikin'. Yang mana golongan ini mempunyai seksaan khas di dalam api neraka sebagaimana disebutkan di dalam hadith sahih. Baca sini:http://muzir.wordpress.com/2013/04/02/ancaman-buat-orang-yang-cakap-tak-serupa-bikin/

Sampaikanlah apa yang kita tahu walaupun ia sedikit. Ada manfaat pada diri sendiri terutama dalam menghidupkan diri sendiri pada agama, in shaa' ALLAH 

[@Shahmuzir Nordzahir]
 

No comments:

Post a Comment