share dari link fb ~Musafir Senja Pendamba Ilmu
Perkongsian dari Tuan Musa Wan Chik,
Assalamualaikum.... Disini saya ingin kongsikan pengalaman saya kira kira 4 tahun yang lalu, dimana saya telah mengalami sakit dan sengal sengal di kaki, kaki juga turut menjadi lemah dan tidak boleh berdiri atau duduk sehingga 15 minit, kalau duduk bersila dilantai seperti dimajlis membaca Yasin atau Majlis Tahlil, semasa nak bangun mesti kena meminta tolong kawan-kawan mengangkat. Untuk memakai seluar juga menjadi sukar kerana tidak boleh mengangkat kaki, akhirnya saya terpaksa berjalan dengan bantuan tongkat.
Saya juga turut berubat dengan Dr Swasta, tapi Allah tidak mengizinkan untuk sembuh, saya tidak terus berubat lagi, saya teringat beberapa tahun yang lalu, saya pernah terbaca sebuah artikal mengenai bawang putih, juga pernah melihat nenek selalu membakar bawang putih, jika dia menghadapi masaalah kembung perut, ini saya lihat ketika saya masih kanak kanak. Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil bawang putih.
Caranya ialah dengan meletakkan tujuh biji bawang putih diatas tudung periuk, yang kemudiannya dimasak atas dapur dengan membiarkan kulitnya menjadi hangus. sedap juga bila dimakan, saya terus mengamalkan memakannya disebelah pagi ketika belum mengambil sarapan lain, manakala sekali lagi sebelah petang sebelum saya mengambil makanan malam. Satu lagi caranyanya ialah meletakkan bawang putih diatas nasi ketika memasak nasi, iaitu ketika nasi hampir kering selepas ia mendidih.
Saya menjadikan ianya sebagai hobi, tidak lah berharap sangat untuk penyakit saya sembuh, tapi tanpa disedari akhirnya bila saya mencuba solat seperti biasa, rupannya saya dah mampu melakukannya tanpa menggunakan bangku lagi, saya melatih semula duduk Tahyat Akhir, yang tak boleh dibuat dengan sempurna sebelum ini, saya juga dah boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat sebagai penyokong. Ini berlaku 4 tahun yang lalu, kini saya berusia 67 tahun.
Saya selalu buat begini.. Sekian
No comments:
Post a Comment