06 November 2013

MENGENAL MUNAFIK, MUSYRIK, KAFIR DAN MURTAD……..

share dari link fb ~Islamic Articles


MENGENAL MUNAFIK, MUSYRIK, KAFIR DAN MURTAD……..


MUNAFIQ
Dari segi bahasa: orang yg menyembunyikan perkara atau maksud sebenar.
Dari segi syarak: seseorang yg tidak menzahirkan kekufuran dgn cara menyembunyikannya di dalam hati.

Kebiasaannya org munafik ini bersifat talam dua muka dgn berpura2 mengikut segala ajaran islam dan mengaku mereka ialah seorang islam tetapi di dalam hatinya tidak dapat menerima ajaran yg suci ini.

TANDA SESEORANG ITU MENJADI MUNAFIK:

1 Iman tidak tetap dan tidak teguh
- org yg sebegini dapatlah diibaratkan seperti lalang di mana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan angin.Orang yg tidak teguh iamannya sentiasa berubah2 mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut2 dan terpengaruh dgn persekitaran.

2 Tindak-tanduk yg sentiasa berubah
- org munafik bolehlah diibaratkan sebagai pelakon yg hebat. Ketika dia bersama org yg sedang beribadat,dia akan turut sama melakukan ibadat walaupun hatinya terlalu susah untuk menerimanya.Sebaliknya yg terjadi apabila dia tidak dilihat oleh khalayak,dia akan mengikut kata hatinya dgn tidak melakukan amal ibadat.

3 Tidak tetap kata
- dia sentiasa mengubah pendiriannya.Sewaktu bersama dgn org Mukmin lainnya,dia akan memuji2 Islam dan menyatakan ketaatannya terhadap ajaran tersebut tetapi di belakang org Mukmin,secara senyap,dia akan menghina Islam….Nauzubillah…..

4 Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
- jika dia melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa,dia akan mengharapkan kebaikan itu dibalas dgn balasan yg setimpal seperti wang ringgit atau pangkat.

5 Jiwannya tidak tenteram
- dia akan sentiasa resah dan gelisah kerana terpaksa bersikap berpura2 di hadapan org ramai dan tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya.

6 Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
- mereka hanya menjadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan.Akhirat bagi org munafik hanyalah satu mitos dan khayalan.

“BAYANGKANLAH BETAPA HINANYA JIKA TERGOLONG DALAM GOLONGAN MUNAFIK INI KERANA SEGALANYA PENUH DENGAN KEPURA2AN. LAGI PULAK,BALASAN DI AKHIRAT AMAT BERAT.”

Allah SWT berfirman:
Maksudnya:”sesungguhnya org yg munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yg paling bawah sekali di neraka”
(surah al-nisa’:145)

MUSYRIK
Orang yg mempercayai sesuatu itu lebih berkuasa daripada Allah dikenali sebagai musyrik.Dia lebih bergantung harap kepada kuasa lain selain meminta daripada Allah.
Orang musyrik sanggup menghabiskan sejumlah wang semata2 untuk berjumpa dgn bomoh atau dukun bagi mendapatkan sesuatu.Syirik yg dilakukan kadangkala melibatkan makam atau kubur alim ulama.

Syirik terbahagi kepada dua iaitu:
1 SYIRIK AKBAR(besar)
Menyembah benda seperti kubur,pokok,batu dan sebagainya serta menganggap dirinya lebih rendah daripada benda2 tersebut.
2 SYIRIK ASGHAR(kecil)
Kebiasaanya.syirik ini terjadi apabila seseorg itu melakukan sesuatu dgn tujuan untuk menunjuk2.

Syirik amali ialah percaya ada kuasa lain yg berkuasa selain Allah.Syirik ini boleh menyebabkan seseorg terkeluar daripada Islam.

KAFIR
Org yg menidakkan keesaan Allah,kenabian nabi utusan Allah serta mengingkari segala syariat-Nya dianggap sebagai kafir.Mereka ini samalah seperti org ygtidak mahu beriman dgn ajaran Islam.

Kufur dibahagikan kpd 3 iaitu:
1 KUFUR JAHLI
Kufur yg disebabkan oleh kebodohannya sendiri. Ini mungkin terjadi kerana dia tidak mahu bertanya kepada org yg lebih arif atau tidak mahu belajar tentang sesuatu perkara.
2 KUFUR JUHDI (‘Inadi)
Kufur ini terjadi kerana timbulnya rasa takut akan kehilangan pangkat ataupengaruh jika beriman kepada Allah.
3 KUFUR HUKMI
Kufur yg terjadi setelah berlaku sesuatu yg bertentangan dgn keimananseseorg seperti menghina al-Quran.

MURTAD
MAKNA MURTAD:
Dari segi bahasa: menolak atau berpaling
Dari segi syarak: org Islam yg meninggalkan Islam dan segala ajaran yg terkandung dalamnya.
Mereka akan menghalalkan segala sesuatu yg telah diharamkan oleh Allah SWT.

HUKUM MURTAD
Mereka boleh dikenakan hukuman bunuh jika tidak mahu bertaubat.Selain itu ,hasil sembelihan mereka tidak halal untuk dimakan.
Dari segi perkahwinan pula,org Islam yg berkahwin dgn mereka dianggap tidak sah.Begitu juga jika dia yg mengahwinkan org lain.Isteri yg kekal sedia ada, tercerai dgn rasminya kecualilah dia kembali bertaubat.Mereka juga tidak boleh menerima sebarang harta pusaka sebaliknya harta itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

“org yg murtad bolehlah dianggap sebagai perosak agama kerana dia menunjukkan contoh yg tidak baik kepada org lain dgn mempermainkan agama Islam yg dianutinya.”

No comments:

Post a Comment