02 January 2013

La tahzan, innalllaha ma'ana.. (Jangan bersedih, Allah bersama kita)


share dari link fb ~Lukisan Dakwah Islam

Assalamualaikum..^_^

La tahzan, innalllaha ma'ana.. (Jangan bersedih, Allah bersama kita). Kata-kata ini diungkapkan ketika mana Rasulullah SAW bersama sahabat baginda yang terbaik, Abu Bakar As-Siddiq berada di dalam Gua Thur, dalam strategi hijrah ke Madinah. Perkataan ini begitu 'femes' di kalangan umat Islam, memandangkan ia adalah penenang hati bagi jiwa yang kesusahan dan kesedihan.

Memang begitu bermakna kata-kata ini. Ia kata azimat tinggalan seorang rasul kpd umatnya..Ia ibarat kata-kata yang menjadi motivasi agar jangan berputus asa, kuatkan semangat, sentiasa berusaha dan sebagainya.

Selain menjadi motivasi, ia juga menjadi salah satu gambaran Islam bahawa indahnya Islam ini dalam membina umatnya menjadi umat yang kuat dan sentiasa bersandar kepada Allah Taala. Ia adalah gambaran bahawa umat Islam ini adalah umat yang kuat dan berprinsip teguh, kuat keazaman dan cita-cita, penuh pengorbanan dan harapan, serta keluar dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat untuk dikejar..

Justeru, untuk apa kita bersedih? Sesungguhnya Allah sentiasa ada di sisi kita..Dia teman setia kita walau di mana kita berada..Dia sentiasa menolong kita di saat kita memerlukan..Dia sentiasa mendengar rintihan dan suara hati kita..Dia adalah cinta agung yang memenuhi keperluan kasih sayang dan rindu cinta kita. Dia-lah segala-galanya buat kita. Dia-lah Allah, Tuhan yang menjadikan kita semua dan memegang segala urusan..

Kembalilah pada Allah, kerana Dia adalah ubat hati kita..Jangan bersedih ye, sesungguhnya Allah bersama kita..^__^

La Tahzan, Innallaha Maana..:-)

No comments:

Post a Comment