04 August 2012

Apabila diuji itu bermakna ALLAH masih sayangkan kita

~ BismillahirRahmaanirRahiim ~
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Apabila diuji itu bermakna ALLAH masih sayangkan kita..pilihlah untuk senyum Walaupun kita punya sebab untuk muram, pilihlah untuk bangkit, walau kita punya sebab untuk jatuh dan malu, pilihlah untuk sabar dan redha walaupun kita punya sebab kecewa :)) ♥

Ketika Allah rindu pada hambanya, Dia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang isinya adalah ujian. Dalam hadis Qudsi Allah berfirman: “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."

Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Tapi ketahuilah... Dia selalu memberi pelangi di setiap badai, senyum di setiap air mata dan jawapan di setiap doa.


♥ HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN DAN PERJUANGAN ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN, TIDAK RUGI BERBUAT KEBAIKAN KERANA ALLAH SANGAT SAYANG KEPADA HAMBA-NYA YANG BERBUAT BAIK ♥


~ Salam Ukhwah Fillah ~

No comments:

Post a Comment