23 November 2012

'SI DENGUNG' MASIH GANGGU KETENANGAN PALESTIN'


shared Mencari Keredhaan Illahi's status.
'SI DENGUNG' MASIH GANGGU KETENANGAN PALESTIN'

Deruan enjin 'si dengung' masih tidak lekang dari ruang udara Semenanjung Gaza meskipun telah diumumkan persetujuan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. 

Bunyian deruan enjin begitu kuat menimbulkan ketakutan di seluruh pelusuk Semenanjung Gaza. 

Si dengung merupakan istilah 'mesra' kepada pesawat pengintip tanpa juruterbang dikalangan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketika MAP menghubungi seorang penduduk tempatan di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza, dia turut mengakui bahawa pesawat pengintip masih ada di ruang udara sejak semalam lagi dan F-16 pula tidak lagi kelihatan.

Dia mengucapkan syukur kerana dapat merasai suasana tidak sebagaimana hari yang lepas. Kiriman salam dengan lafaz 'assalamualaikum' sempat dituturkan kepada umat Islam yang tidak jemu mengikuti keadaan mereka.

Menukil dari web berita MAAN Palestin, beberapa orang penduduk Palestin merasa terganggu dengan pesawat ini.

Ranna Matar, seorang wanita Palestin berkata, dia merasa tidak senang apabila mendengar deruan pesawat.

"Kami tak mahulah merasa seperti masih dipantau oleh penjajah, kami masih rasa lagi seperti suasan perang ketikamana wujud suara gangguan dari pesawat pengintip," ujar Ranna.

Seoang lagi penduduk, Muhammad menyatakan bahawa bunyian pesawat membuatkan terasa diganggu. Jelas Muhammad, pesawat ini menyebabkan rasa belenggu dalam kepala.

Seorang penganalisis politik, Mustafa Al-Sawwaf menjelaskan pesawat pengintip ini adalah sebahagian dari penjajah meskipun telah umum hentikan serangan, namun ia masih ada di ruang udara Gaza.

Kata Al-Sawwaf, "sejak beberapa jam yang lalu, penjajah mahu lihat apa yang berlaku ketikamana pertempuran telah selesai, dan ia mahu meletakkan Gaza bawah pantauan khususnya semasa tenang, kami tidak boleh terima pesawat-pesawat yang masih ada ini."

Sumber tambahan:
22/11/2012, web berita Maannews

No comments:

Post a Comment