27 November 2012

Bersih-bersihkanlah hatimu!

share dari link fb ~Syarifah Rokiah Alkhired


Bersih-bersihkanlah hatimu!

Jauhi sifat mazmumah dan suburilah sifat mahmudah. Maafkanlah sesiapa sahaja yang pernah menyakitimu secara sengaja mahupun tidak sengaja. Berlapanglah dada dengan ketidaksempurnaan orang lain kerana dirimu sendiri juga tidak sempurna.

Jauhi sifat dengki dan iri hati yang membinasakan. Jauhi dari menjadi pemfitnah. Jauhi dari menjadi penikam belakang yg memutuskan per
saudaraan. Jauhi dari mengkhianati amanah dan kepercayaan yg diberi. Jauhi dari bicara yang berunsur penipuan dan ketidakjujuran.

Sebelum tidur, jangan lupa untuk memaafkan segala kesilapan orang lain terhadapmu. Jangan lupa untuk memperbanyakkan zikir agar hatimu bersih dan tenang selalu.

Setiap yang berusaha untuk mendekati Ilahi pasti akan diberi ganjaran olehNya. Jangan sampai terlalu selesa dengan ilmu yg dimilikimu saat ini. Teruskan berusaha untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin hinggalah ke nafas terakhir.

Samalah juga dengan akhlak dan peribadi. Jangan merasakan sudah cukup sempurna. Jadikanlah dirimu esok jauh lebih baik daripada dirimu harini.

Semoga Allah merahmati dan menyayangi :)

Salam Sayang & Salam Kejayaan,

SeLaMaT MeNYuBuRKaN CINTA pAdA RASULULLAH SAW bUAt IkhwAh & AkhwAt di bUmI ILAHI ^_^ 

KeNaLi ♥ ALLAH SWT & RASULULLAH SAW ♥
♥ CINTAI ♥ RINDUI ♥ KASIHI ♥ SAYANGI ♥
TeLaDaNi ♥♥♥ RASULULLAH SAW ♥♥♥

❤ (。◕‿◕。) ❤

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

آميـــــــــــــــــــن اللَّهُمَّ آميـــــــــــــــــــن

No comments:

Post a Comment