share dari link fb ~Kami Respek Artis Mendalami Islam
Adab Wudhu - time ambek wudhu kadang-kadang kita main belasah je bukak paip air mencurah curah macam air terjun, mentang mentang bukan kita yang bayar bil air masjid. Hehehe - ingat - jangan membazir - cukup la sekadar bukak sikit - air slow pun dah ok - insyaAllah dengan cara ni kita akan lebih menumpukan perhatian dengan wudhu kita dan meneliti setiap basuhan dan insyaAllah dengan cara ini kita
dapat membina kesabaran dalam amal ibadah. Kita akan berasa lebih tenang dengan mengambil wudhu dengan teliti dengan air yang perlahan dan berusaha meratakan air ke semua bahagian. Dengan ini juga dapat melatih kita untuk tidak boros dalam kehidupan seharian. InsyaAllah.
Ingatlah - Rasulullah SAW adalah manusia yang terbaik dan manusia yang paling dicintai Allah SWT dan kita sepatutnya mencontohi Rasulullah SAW demi kebahagian dunia dan akhirat berpandukan Sunnah Rasulullah SAW. Setiap amalan bermula dengan niat dan keikhlasan - jadi set la NIAT kita kerana Allah SWT dengan mengikut Sunnah manusia terbaik disisi Allah SWT iaitu Rasulullah SAW..
No comments:
Post a Comment