Makanan menggemukkan & bahayakan kesihatan
Rakyat
Malaysia sememangnya sangat suka makan, lebih-lebih lagi makanan yang lazat
seperti nasi lemak dan roti canai. Namun ramai yang tidak tahu makanan yang di
makan itu jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kerana kandungan seperti
kalori, nutrisi dan lemak itu adalah salah satu punca penyakit.
Antara
hidangan yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu nasi lemak.
Kandungan lemak dan kalori dalam nasi lemak itu sendiri ada lebih kurang
450-500 kalori sepinggan belum lagi ditambah nasi atau ayam goreng ataupun lauk
yang lain itu semua boleh menjadikan sekali makan lemak akan bertambah menjadi
1000 kalori sepinggan.
Kemudian
roti canai, makanan yang juga menjadi kegemaran tidak kira waktu bila pagi,
petang atau malam. Roti canai juga ada banyak kalori yang untuk menghilangkan
kalori itu ibarat perlu jogging dalam 90 minit barulah bersamaan dengan kalori
yang kita makan. Nasi goreng juga antara makanan yang menggemukkan kerana
sepinggan nasi sahaja sudah ada 630 kalori di dalamnya belum lagi di tambah
dengan lauk yang lain.
Ais krim
juga menggemukkan walaupun ianya nampak seperti tidak menggemukkan tapi
hakikatnya kalori lemak dan gula di dalamnya juga tinggi iaitu 2 skop ais krim
ada 350 kalori. Malaysia juga ada makanan rugi sendiri iaitu Burger Ramli.
Semua jenis burger mempunyai kalori yang tinggi.
Selain
itu makanan seperti mee kari dan juga makanan bergoreng juga sangat
menggemukkan kerana mempunyai santan dan juga berminyak. Untuk elakkan santan
atau bergoreng cuba tukar cara masakan dengan merebus ataupun bakar kerana ini
megurangkan lemak dan minyak yang banyak dalam makanan.
Selain
itu, susu pekat manis, roti manis dan donut serta mayonis turut tersenarai
mempunyai kandungan lemak, gula dan kalori yang tinggi. Kesemua jenis makanan
ini tidak akan menggemukkan sekiranya kita tahu cara untuk mengawal
pengambilannya. Sama ada kurang kuantiti yang di ambil atau tidak makan
langsung makanan itu. Apa yang penting adalah mengawal pemakanan dan tahu
sukatan kalori setiap makanan yang diambil.
No comments:
Post a Comment