Assalamu'laikum warohmatullahi wabarokatuh
Bismillahirrahmanirrahim
Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah
~~~~~~~~~
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya tidak tenang.
2. Pendendam
~~~~~~~~~~~
Sifat dendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki
~~~~~~~~~~~~~
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil
~~~~~~~
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat
dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi
benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu
Allah beri melalui manusia
5. Tamak
~~~~~~~
Orang yang tidak puas
dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapa banyak yg diminum
tetap tak abis juga... lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang
dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan
rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu
sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar
~~~~~~~~~~~
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego
~~~~~
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin.
8. Riak
~~~~~~
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah
marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yg kita ada..
9. Cinta dunia
~~~~~~~~~~~
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat
susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati
jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa
anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana
dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu
senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
~~~~~~~~~
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.
Makin tinggi sifar mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. Jadi..sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh
padahnya.
No comments:
Post a Comment