27 November 2012

AYUNAN RINDU SEMALAM

Share dari link fb Angin Retak 
AYUNAN RINDU SEMALAM

tika sunyi menebuk pada kelam berterusan
arakan awan seakan sudah tiada berdendang
terpagar oleh suram bersulam sepi rembulan

terkocak aku oleh rindu yang pernah bertandang
yang tenggelam bersama takdir dan ketentuan

nyanyian malam menyepi seakan tidak dibenarkan berdendang
tiada kokokan ayam seakan air tiada mahu pasang
cengkerik pun berdiam entahkan tersumbat di dalam lubang
semuanya hilang hinggakan burung malam pun tidak bertukang

aku pernah mencongak sendirian
pada iramaku yang dulunya penuh kasyikan
mengapa kini kelu bersama kegundahan
bagaikan sepi pengkalan tiada nelayan
terjeruk bersama olengan perasaan

duhai malam
jangan hanyutkan aku bersama kisah semalam
pada rembulanku yang sinarannya telah tenggelam
kembalinya telah meninggalkan aku tidak berpelabuhan
terumbang bagaikan bahtera yang tiada haluan

duhai sepi
andai nyanyian malam tiada lagi akan kedengaran
akan kuayunkan buaian rindu bertalikan rindu kemesraan
agar angin kasih datang biar pun dalam anganan
pengubat pada rindu yang saratnya berterusan

~ anginretak

No comments:

Post a Comment