share dari link
fb ~ Lea
Baiduri
Kenapa Israel tiba-tiba mahukan gencatan
senjata, Ini adalah kerana deklarasi Mesir dan Turki yang akan menentang
Israel...HAHAHA nyata Israel penakot...baru deklarasi dah goyang...
Ringkasan Ucapan Recep Tayyib
Erdoğan di Cairo University sebentar tadi.
1- Bagaimana Gaza boleh
dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan
Erdoğan!
2- Wahai pemuda Mesir, melalui
revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya
akan tiba di sana sini!
3- Ayat 139 dari Surah Al
Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina
selagi kita beriman.
4- Jangan lemah, jangan sedih!
Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu
mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.
5- Kita warga rantau ini tidak
akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.
6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi
kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan
kita sedang melakarkannya.
7- Sempadan yang dilakar oleh
pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.
8- Kita di wilayah ini dalam
sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.
9- Apa yang sedang berlaku
hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yg
bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.
10- Apabila Turki menjadi
kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan
Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.
11- Turki menyediakan seluruh
keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.
12- Menjadi kewajipan
kemanusiaan dan.keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan
Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.
13- Sistem yang dipakai di
peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United
Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di
peringkat fundamental.
14- Seluruh dunia dengan
sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan
Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.
15- Kita bercakap dalam dua
bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah
bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Sama-sama kita doakan agar
pemimpin dunia Islam bersatu menyelesaikan Isu Palestine, Syria, Rohingya
dengan lebih konkrit dan bertindak seperti yang diperkatakan.
Ingatlah, umat Islam itu laksana 1 badan. Andai
kaki berasa sakit, 1 badan akan mengerang kesakitan. Andai Muslim Gaza
menderita kesakitan, keseluruhan Muslim di seluruh dunia wajib bangkit
menyatakan sokongan. Berdoalah.. Berdoalah.. Berdoalah..
No comments:
Post a Comment