share dari link fb ~Dr Zainur Rashid Zainuddin
Satu yang sudah menjadi kepastian buat umat ini ialah penguasaan ke atas Baitul Maqdis yang akan dimiliki kembali....
Sejarah pembukaan Baitul Maqdisdan bumi Palestin akan berulang kembali.
1-Islam membuka Baitaul Maqdis dan Palestin di zaman kepimpinan Omar al Khattab. Panglima tentera di zaman Umar al Khattab r.a telah terlebih dahulu menguasai negara Syria (utara) di bawah pimpinan Au Ubaidah al Jarrah dan melalui Mesir (selatan) di bawah pimpinan Amru al Asr sebelum mereka akhirnya berjaya membuka Baitul Maqdis dan Palestin daripada cengkaman Romawi.
2-Turut berlaku sejarah yang sama di zaman Sultan Solahuddin al Ayyubi. Beliau telah mengusai kawasan selatannya (Mesir) dan Sultan Nuruddin Zinki pula menguasai bahagian utara (Iraq, Kurdi & Syria sekarang). Selepas kematian Sultan Nuruddin, beliau mengambil-alih penguasaan dan kepungan dari selatan dan utara sebelum mereka berjaya membebaskan Baitu Maqdis dan Palestin yang telah dikuasai tentera Salib (gabungan 20 buah negara Eropah).
Tidakkah anda memerhatikan bahawa sejarah ini juga akan berulang lagi di masa depan. Regim zalim Bashar al Assad sekarang sebenarnya adalah kroni kepada regim Zionis sejak sekian lamanya. Sepanjuang pemerintahan kuku besi ayahnya (Hafiz al Assad) selama 30 tahun dan Bashar al Assad sendiri selama 12 tahun, tiada sebutir peluru pun yang datangnya dari Syria bagi menyanggahi regim Zionis.
Teruskan bekerja dan berdoa.
Insya allah, Baitul Maqdis akan dibuka semula melalui laluan Damsyik....
No comments:
Post a Comment