23 November 2012

Basikal Diperbuat Daripada 10,000 Batang Kayu Aiskrim


share dari link fb ~Misteri & keajaiban alam

Basikal Diperbuat Daripada 10,000 Batang Kayu Aiskrim

Assalamualaikum, salam sejahtera semua :)
Pernah terbayang untuk mencipta basikal sendiri dengan menggunakan batang aiskrim ?

Seorang pemuda daripada China bernama Sun Chao telah berjaya mereleasasikan angan-angan tersebut . Dalam masa 4 bulan , Sun Chao berjaya menyiapkan basikal tersebut dengan menggunakan 10,000 batang aiskrim ! 

Tidak sia-sia masa 4 bulan yang dihabiskan oleh dia , kerana itulah merupakan satu-satunya basikal yang diperbuat daripada batang aiskrim di dunia ini. Orang Asia ni kreatif rupanya , hehe .

Spesifikasi basikal tersebut - 1.5m panjang , 0.95m tinggi dan hanya seberat 25kg .Basikal ini memang kecil, tetapi mampu bertahan untuk menampung berat Sun Chao (90 Kg) tanpa sebarang masalah. Basikal ini bukan sahaja boleh dibuat hiasan atau masterpiece malah boleh ditunggang . 

sungguh teliti dia membuat basikal tu..Sejak kecil lagi , Sun Chao sudah mencipta barang daripada batang aiskrim dan barang pertama sekali dia pernah buat ialah sebuah meja kecil .

Berkenaan dengan basikal ini pula, dia mendapat ilham waktu berumur 12 tahun apabila melihat sebuah rancangan televisyen yang memaparkan orang membuat kapal terbang menggunakan batang aiskrim . Basikal tersebut dibina dengan menggunakan batang aiskrim kecuali pada bahagian rantai dan bearing .   -qarl-

No comments:

Post a Comment