13 August 2015

Pelbagai jenis kek, puding dan biskut

share dari link fb ~ Resipi Kek & Biskut Raya

KEK KUKUS COKLAT KENTANG KEJU


Bahan cream cheese:


250gm cream cheese
50gm gula halus ~ kalau suka manis boleh tambah lg
1bj telur
1sb tepung gandum
1sb air

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese dgn gula hingga halus dan gebu.
2. Masukkan telur, tepung gandum dan air, pukul lagi hingga rata dan sebati.
3. Ketepikan.

Bahan kek coklat kentang:

Bahan A:

60gm butter
60gm santan kotak
60gm dark coklat compound ~ dipotong2
** panaskan butter & coklat secara double boiler. Dah cair, masukkan santan, kacau dan ketepikan.

Bahan B:

4bj telur
95gm gula castor
100gm kentang ~ yg telah dikukus dan dihaluskan
1st ovalete

Bahan C:

80gmtepung gandum ~ diayak
2sb serbuk koko ~ diayak

Cara-cara:

1. Panaskan kukusan. Alas loyang dgn baking paper dan sapu butter.
2. Pukul bahan B hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan bahan C sikit2., adun rata.
4. Masukkan bahan A. adun rata.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian.
6. Kukus bahagian 1 selama 10 minit atau hingga masak.
7. Kukus adunan cream cheese atas bahgian 1 selama 10 minit atau hingga mengeras.
8. Kukus bahagian 2 atas cream cheese selama 20 minit atau hingga masak.
9. Sejukkan baru dipotong.
TUTTY FRUITY CAKE

Bahan 1:

300ml putih telur
138gm gula castor ~ saya letak 145gm
7gm 0valette
garam ~ hujung jari je

Bahan 2:

(campur dan ayak)
150gm tepung gandum
1/2st baking powder

Bahan 3:

38gm butter ~ dicairkan

Bahan 4:

biskut oreo secukupnya ~ buang cream
2sb serbuk oreo

Bahan 5:

hijau ~ esen pisang
kuning ~ oren sunquick
pink ~ strawberry emulco
oren ~ esen nenas

Cara-cara:

1. Guna mixer, putar putih telur hingga kembang. Masukkan gula sikit2 dan terus pukul. Masukkan ovalette dan garam, pukul lagi hingga kental.
2. Masukkan bahan 2 sikit2 dan gaul rata.
3. Masukkan bahan 3 ~ kacau guna spatula.
4. Adunan di bahagi 4 bahagian. Setiap satu bahagian letak pewarna dan perasa pilihan.
5. Gris Loyang 6in dan alas dgn baking paper.
6. Panaskan kukusan. Dlm Loyang, masukkan adunan lapisan pertama, susun biskut oreo dan kukus selama 10/15 minit. Lapisan kedua, gaul dgn serbuk oreo baru melapis atas adunan pertama dan kukus. Buat hingga habis. Lapisan terakhir kukus selama 20 - 25 minit.
7. Angkat dan sejukkan.
MINI PAVLOVA

Bahan-bahan:

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:

1 cup (240 ml) non-diary whipping cream
1/2 cup cheese cream 

Cara buat Cheese Cream:

1. Pukul Cheese sehingga kembang
2. Masukan Non-diary whipping cream dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

Buah untuk hiasan:

Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda.

Cara buat mini pavlova:

1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
3. Tuangkan atas acuan kertas kecil2
4. Panaskan oven pada 200 darjah C dalam 10 min
5.Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
CHOCO MOUSSE BROWNIES

Bahan brownies:

45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Bahan chocolate mousse:

140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara buat brownies:

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.
2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.
3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.
5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Cara buat chocolate mousse:

1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air.
2. Biarkan dalam 5 minit. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air, ini akan menyebabkan gelatin berketul dan tidak larut sepenuhnya.
3. Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double bowl’ (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).
4. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yang ada air tadi.
5. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.
6. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk (Kalau diterbalikkan bowl, telur tak jatuh). Sambil pukul telur itu, masukkan gula sikit demi sedikit.
7. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.
8. Masukkan no.5 dan no.6 ke dalam no.7. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies.
9. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.
10. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.
PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan:

6 Keping roti (potong kecil)**
1 tin susu cair**
6 sudu makan susu pekat**
4 sudu makan gula pasir**
2 biji telur ayam**
2 titik Esen Vanilla**
1 bungkus agar-agar tali
5 cawan air paip
3 pewarna makanan, sy memilih strawberry, pandan dan telur kuning.
3 sudu makan serbuk milo
(cara marbel, asingkan kepada beberapa mangkuk)

Cara-cara:

Masak agar-agar dengan air sehingga agar-agar larut
Blanderkan bahan berbentuk ** hingga hancur. Masukkan kedalam periuk agar-agar hingga mendidih.
Matikan api, asingkan kemangkuk berasingan seperti gambar diatas untuk kejadian marbel.
Selang selikan warna dalam loyang, pelbagai mangkuk kesukaan kalian hingga sejuk.
Sejukkan dalam peti ais. Sedia untuk dimakan.

P/S: Rasanya kurang manis, sekiranya anda suka manis, tambahkan 4-5 sudu susu pekat.
MANGGO MOUSSE

Bahan-bahan: 

200 gm plain yogurt 
100 gm susu cair (saya guna susu segar)
16 gm gula pasir
2 biji buah mangga yang masak
1 1/2 sudu teh gelatin larutkan dengan sedikit air panas

Cara-cara:

Blend isi mangga, susu, yogurt dan gula pasir sampai sebati dan masukkan larutan gelatine tadi.Tuangkan kedalam bekas yang anda suka dan masukkan dalam peti sejuk. Apabila hendak memakannya boleh letakkan potongan mangga sebagai hiasan atau sebelum anda masukkan dalam peti sejuk bolehlah calitkan sedikit pewarna makanan warna merah dan buatlah corak yang anda mahu.
STRAWBERRY MOUSSE

Bahan-bahan:

200 gram buah strawberry 
70 gram gula
200 ml whipping cream
1 tbsp jus lemon
10 gram gelatine
100 ml air mendidih

Cara-cara:

Blend semua bahan bahan diatas kecuali gelatine hendaklah dilarutkan dengan 100 ml air panas, baru dimasukkan kedalam bahan-bahan yang di blend tadi. Isikan dalam bekas dan hias dengan hirisan strawberry dan masukkan dalam peti ais.
PUDING ROTI BAKAR

Bahan-bahan:

7 keping roti dipotong-potong
2 cawan susu segar 
1/2 cawan gula
2 biji telur
4 sdb mentega
1 sdk esen vanila
sedikit kismis/ prune/ ceri dll

Cara-cara:

1. Carik-carikkan roti di dalam satu bekas.
2. Cairkan mentega dan tuang mentega ke atas roti tersebut.
3. Pecahkan telur bersama-sama susu dan gula di dalam bekas yang lain.
4. Pukul sehingga gula hancur, boleh masukkan esen vanilla.
5. Tabur kismis kedalam loyang dan tuangkan susu tersebut.
6. Bakar dengan suhu 175 C selama 40 minit. Setelah masak, barulah diangkat.
PUDING KARAMEL

Bahan-bahan:

1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air - utk karamel
1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
Esen Vanilla

Cara-cara:

Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg sederhana. Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul. Padamkan api. Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan. Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas. Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas. Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula.
Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati. Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi. Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api. Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati. Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing. Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi. Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak. Kukus dalam tempoh 20-30 minit. Kalau puding uolss masih lagi cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai lar uolss rasa puas hati sebab weolss masukkan air, so adunan cair, nak tunggu pejal-pejal mmg ambil masa sikit. Al-maklumlah, adunan tak letak tepung or what so ever. Hanya bergantung kepada telur sahaja utk menjadi pekat.
RED VELVET MOIST

Bahan-bahan:

360gm tepung gandum *
1 st baking powder *
1 st soda bikarbonate *
1 st garam halus *
2 sb serbuk koko *
* diayak bersama
400 gm gula halus
1 cawan minyak jagung ~ saya guna minyak masak biasa
2 bj telur A
1 cawan butter milk ~ 1 cwn susu cair + 1 sb cuka
@
~ 3/4 cwn yougurt plain + 1/4 cwn susu cair
2 st esen vanilla
1 sb pewarna merah
1 st cuka masakan
1/2 cawan air panas

Bahan cream cheese frosting:

250gm cream cheese
30 gm butter
1 sb esen vanilla/ jus lemon ~ saya guna 1st oren sunquick
2sb susu cair
50gm gula halus
** satukan semua bahan dan pukul hingga halus

Cara-cara:

1. Dalam bekas, satukan gula, minyak, telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Gaul rata dengan menggunakan whisk.
2. Tambah air panas dan cuka masakan, gaul lagi sehingga rata.
3. Tambah bahan yang diayak sikit sikit sambil digaul rata.
4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah digris dan bakar pada suhu 170C selama 35 minit atau sehingga masak.
5. Dah masak, sejukkan kek kemudian dipotong 2 bahagian. Kalau tak nak potong, boleh bakar 2 loyang berasingan.
6. Hias dengan cream cheese dan sejukkan dalam peti ais.
ORANGE CHEDDAR CHEESE CUPCAKE

Bahan A:

3 biji telur gred A
150gm gula castor

Bahan B:

1/2 sk esen vanilla

Bahan C:

150gm tepung gandum ~ diayak
3/4 sk baking powder ~ diayak

Bahan D:

150gm butter ~ dicairkan

Bahan E:

50gm parutan cheddar cheese ~ saya parut lebih untuk tabur atas kek
1 biji parutan kulit orange

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180C
2. Sediakan acuan muffin dan isikan dengan cupcake. Saya guna cupcake yg keras, susun dlm loyang je.
3. Dalam mangkuk mixer, satukan bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu pada kelajuan sederhana. Masuk bahan B dan gaul hingga rata.
4. Masuk bahan C dan kaupbalikkan hingga sebati.
5. Masukkan bahan D, gaul sebati.
6. Akhir sekali masukkan bahan E dan gaul hingga rata.
7. Tuang 3/4 penuh dalam acuan. Saya taburkan sedikit parutan keju diatasnya. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2. Dah masak, keluarkan dari acuan, biarkan sejuk.
PUDING SUSU PANDAN

Bahan-bahan:

600 ml air
120 gram gula pasir
8 gram serbuk agar agar
3 helai daun pandan
300 ml susu segar
200 ml santan
beberapa titik esen pandan/ pewarna hijau

Cara-cara:

1. Satukan serbuk agar-agar, air dan daun pandan dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
2. Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan-lahan.
3. Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen pandan dan pewarna hijau, selebihnya biarkan warna asal.
4. Tuang adunan hijau/pandan kebekas puding yang dikehendaki sebanyak separuh bekas.
5. Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding pandan tadi .
6. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.

Tips: Sementara menunggu adunan pandan/hijau beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati. Setelah adunan hijau beku, bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan hijau.
CHOCOLATE LAVA CAKE

Bahan-bahan:

1 cawan coklat chip
6 sb butter ~ suhu bilik
1 sb serbuk koko
Secubit garam
2 bj telur A
1 kuning telur
3 sb gula castor
3 sb tepung gandum ~ diayak

Cara-cara:

1. Satukan coklat chip dgn butter dlm bekas dan masak cara double boiler hingga cair.
2. Masukkan serbuk koko dan garam, kacau rata dan angkat ketepi, sejukkan.
3. Pukul telur dan gula hingga kembang selama 3 minit dan masukkan adunan coklat, pukul sebati dan rata.
4. Masukkan tepung dan gaul guna spatula hingga sebati.
5. Tuang dalam acuan pilihan yg dah digris, simpan dlm peti ais selama 5 minit.
6. Panaskan oven. Bakar kek pada suhu 210C selama 10 - 13 minit. Jgn terlebih masak.
7. Dah masak, keluarkan dari acuan dan terus potong untuk mendapatkan 'lava'.
FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahan:

40g tepung kastard - lebih kurang 4 sudu makan
5 sudu besar gula castor
900 ml susu sejat (susu cair)
1 tin fruit cocktail (boleh juga kalau nak guna buah nenas, kiwi atau buah naga)

Cara-cara:

>Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk. 
>Masukkan juga 200ml susu cair. Gaul sebati.
>Panaskan 700ml susu cair sehingga mendidih.
>Tuang susu yang mendidih ke dalam adunan kastard, kacau rata.
>Panaskan adunan kastard di atas api kecil hingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. 
>Apabila sudah mendidih, matikan api dan masukkan gula. Kacau hingga gula larut dan sebati.
>Tuang kastard ke dalam gelas dan diselang-selikan dengan buah-buahan cocktail. Akhiri dengan lapisan kastard, hias dan sejukkan dalam peti ais.
CHEESE TART

Bahan kulit tart:

125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air

Cara-cara:

Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Inti krim keju:

250 gm krim keju
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling

Cara-cara:

Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi. Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment