24 August 2015

FENOMENA P.O.A. PADA RINGGIT MALAYSIA MEMBUATKAN RAKYAT PANIK

share dari link fb ~ Warga Prihatin

FENOMENA P.O.A. PADA RINGGIT MALAYSIA MEMBUATKAN RAKYAT PANIK

Imej papan layar senarai tukaran matawang yang menjadi viral ini menimbulkan banyak tanda tanya. 

Print screen disebelahnya kami rasa boleh membantu kita memahami apakah sebenarnya fenomena POA ini. 

Secara kasarnya Pengurup Wang adalah golongan peniaga yang mencari untung. Alasan yang diberi bahawa tiada stok wang asing yang kita minta adalah satu 'jalan selamat' untuk mengelakkan risiko kerugian.

Ini berlaku apabila penurunan nilai berlaku secara berterusan dan tidak menentu jumlahnya. Bukanlah matawang kita tidak laku sama sekali secara hakikatnya. 

POA bermakna 'PRICE ON APPLICATION'. Nilainya hanya diberi ketika kita memohon tukaran itu. Walaupun menyusahkan, namun ia masih boleh didapatkan dari bank-bank terkemuka atau pengurup matawang yang 'ada nama'. Cuma kadar tukaran sahaja tidak disenaraikan secara online sebagai tanda nilainya tidak boleh diduga.

Apabila fenomena ini berlaku, sesuatu matawang itu tidak berani diniagakan oleh para peniaga secara terbuka. Kerana itu secara persepsinya ia dikatakan 'tidak laku' buat sementara.

Malaysia adalah negara yang penuh dengan hasil bumi. Namun, kita masih merupakan 'negara pengguna' yang mengimpot barangan siap, walaupun bahan mentahnya datang dari kita. Contohnya air bersih untuk bekalan harian yang tidak begitu susah diproses pun kita sanggup impot dari Singapura. Begitu juga hasil petrolium dan bahan bakar siap guna.

Pengusaha industri pelancungan, barangan impot, pelajar kita di luar negara tentunya amat terasa dengan pergolakan nilai matawang ini.

Banyak lagi selok belok permainan nilai matawang yang sedang berlaku telah kami kaji. Kami masih lagi meneliti untuk mendapatkan kesahihannya. InsyaAllah ada rezeki nanti kita kongsikan bersama.

Sudah sampai masanya kita bersedia untuk berpuasa dan belajar hidup berpada-pada. Tidak mustahil wang berkarung yang selama ini kita usung hanya tinggal angka yang tiada nilainya semata-mata.

Mulakan bercucuk tanam dan mencipta teknologi produk untuk kegunaan sendiri. 

"Mari belajar dari China".

WARGA PRIHATIN 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment