25 August 2015

Muhasabah sejenak

share dari link fb ~ Ebit Lew

Saya jumpa seorang abang depan sebuah pusat hiburan malam tadi. Dia tengah duduk tepi pintu pusat hiburan. Saya beri salam pada dia dan beberapa maknyah. Duduk sebelah diaorang.

Hallo haji nak apa? Tanya mereka. Saya kata saya just nak jumpa keluarga saya. Ada keluarga di sini ke. Yer abang dan kamu semua saudara saya. Keluarga yang sama. Datuk kita sama. Allah saudarakan kita. Saya sayang kamu semua kerana Allah.

Ish kami orang macam ni. Mana sama ustaz. Sama sahaja abang. Abang dan kamu semua bernilai disisi Allah.Allah sayang. Iman dalam hati abang walau sebesar zarah Allah beri syurga yang besar 10 kali dari dunia. Allah nak kita semua masuk syurga. Allah sayang abang dan kamu semua. Sayang lebih dari apa yang kita boleh bayangkan.

Kalau Allah sayang kenapa kami buat jahat macam ni. Kenapa kami diberi perasaan begini. Nafsu begini. Jawab saya kerana semua orang nak bahagia. Semua orang mencari bahagia kan..

Yerlah ustaz sebab tu kami buat begini. Betul. Semua orang cari bahagia dan keseronokan dengan jalan sendiri. Saya tanya kamu bahagia ke? Ermm entahlah ustaz.

Bahagia ni segala-galanya. Tidak boleh ditukar ganti dan dibeli atau diperoleh dengan cara apapun. Menangislah pada Allah kerana sesiapa menangis dalam doa dan solat. Allah bukakan segala jalan buatnya. Bahagia ni hanya Allah boleh beri. Dia suka kita bila menangis dan rendah diri padanya. ALLAH sayang kita sangat. Dia nak kita minta ampun. Banyak mana pun dosa kita dia tetap beri peluang selagi ada nyawa untuk maafkan kita. Walaupun penuh langit dan bumi. Dia sayang kita. Seorang maknyah menangis. Katanya ustaz tak de siapa cakap Allah sayang kami dan nak kami masuk syurga. 

Itulah sebenarnya. Kita yang terlupa kerana sibuk sangat. Satu masa kita akan tersedar. Kerana dunia ni tak benar. Tapi sama ada kita sedar segera atau selepas kita tinggalkan dunia ini. Mereka menangis. Abang yang duduk depan tadi termenung dan ajak saya minum. Dia tanya banyak soalan. Begitulah manusia apapun kerjanya dahagakan agama. Dahagakan bahagia. Dahagakan ketenangan. Kami solat Subuh sama-sama di surau. -ebit lew

#keluargasunnah 4.0 19 Sept 2015 UPM
# Jemputan seminar/ teambuilding/ kem korporat atau pelajar/ ceramah hub 013 255 6423

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment