01 May 2013

PUDING JAGUNG KARAMEL



***Zai Adanan***
PUDING JAGUNG KARAMEL



Bahan-bahan:
4 sudu makan gula pasir
1/2 cawan air

** masak gula bersama air dalam kuali hingga kekuningan.Setelah hancur padamkan api dan letakkan pada setiap acuan sama banyak.Ketepikan.

Bahan-bahan (utk puding)
6 biji telur
6 sudu makan tepung jagung
1 1/2 tin susu cair
1 cawan air
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
1/2 tin jagung cream style

***Jagung,susu pekat,susu cair dan air diblend.Masukkan tepung jagung dan esen vanila.Blend lagi hingga sebati.Akhir sekali masukkan telur.Blend sekejap sahaja.Tuang bahan yang diblend tadi kesetiap acuan yang sudah diletakkan karamel tadi.Kukus selama 45 minit.Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.Sebaiknya simpan dalam peti sejuk.
 

No comments:

Post a Comment