30 May 2013

INFO RASA: TOMATO KEKALKAN KEREMAJAAN KULIT

share dari link fb ~Rasa

INFO RASA: TOMATO KEKALKAN KEREMAJAAN KULIT

Setiap individu pastinya inginkan kulit yang cerah, gebu, lembut dan bermaya. Lupakan seketika produk kecantikan kulit yang mahal belaka. Sebaliknya, ajar diri untuk menikmati tomato dalam pengambilan hidangan sehari. 


KHASIAT TOMATO:


1. MENYIHATKAN KULIT

Tomato dikhabarkan mampu menjadikan kulit sihat, cantik selain melindunginya daripada pancaran sinar matahari. Kajian mendapati pengambilan tomato yang diproses di dalam diet seharian responden wanita dalam ujian saintis mampu meningkatkan kadar perlindungan kulit mereka.


2. ANTI PENUAAN 

Tomato merupakan sayuran yang mempunyai banyak khasiat. Kandungan Lycopene yang terdapat pada tomato berupaya meremajakan kulit di samping bertindak melambat proses penuaan.


3. SUMBER ANTIOKSIDAN

Lycopene yang terdapat di dalam tomato bukan sahaja menjadikan kulit lebih sihat dan muda, malahan ia adalah antioksidan yang berkuasa mengurangkan tindakbalas keradangan terhadap kemusnahan UV bagi meneutralkan molekul berbahaya yang terhasil dalam kulit. 


4. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT BERBAHAYA

Pakar antarabangsa mengesyorkan bahawa tomato yang diproses mampu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta kanser bagi mereka yang memakannya. Ini dibuktikan menerusi kajian terhadap 28 orang sukarelawan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengambilan diet tomato yang rendah dan tinggi dalam tempoh enam minggu. Keputusan mendapati, tekanan darah bagi lelaki dan perempuan secara signifikannya lebih stabil berbanding tekanan darah sebelum ini. 


5. SESUAI BAGI ESAKIT DIABETES


Kandungan Karbohidrat yang terdapat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.


6. BAIK UNTUK IBU YANG MENYUSU BADAN


Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Ini kerana memakan produk berasaskan tomato boleh meningkatkan kandungan Lycopene di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

No comments:

Post a Comment