03 May 2013

Ujian kelayakan calon pilihan raya di Acheh (HEBAT...)

share dari link fb ~Disinibermula

Ujian kelayakan calon pilihan raya di Acheh

Sudah menjadi satu peraturan di Acheh kepada semua calon untuk pilihan raya gabenor Aceh untuk menjalani ujian mengaji al-Quran di Banda Aceh, sebagai sebahagian daripada peperiksaan rasmi mengenai pengetahuan Islam mereka.

Penduduk tempatan yang merupakan bakal pengundi kepada calon-calon ini digalakkan menyemak bacaan al Qur'an yang dibaca oleh calon-calon engan melihat mashaf al Quran.

Kemahiran mengaji al-Quran, kitab suci panduan umat Islam itu adalah satu kewajipan bukan saja kepada calon gabenor dan naib gabenor, tetapi juga untuk jawatan datuk bandar dan timbalan datuk bandar di Aceh sejak wilayah itu melaksanakan undang-undang syariah pada 2003.

Alangkah baiknya kalau syarat kelayakan untuk bertanding dalam PRU di Malaysia juga turut disertai dengan kriteria tertentu. Bukan sahaja tidak diisytiharkan bankrap oleh bank dan sebagainya tetapi juga tidak bankrap daripada kesejahteraan aqidah, keshahihan ibadah dan kemurnian akhlak Islami.

No comments:

Post a Comment