02 May 2013

Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World) -


share dari link fb ~Bernama Radio24

Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World) -

Antara Masjid Tersejuk di dunia. Juga dikenali sebagai masjid di hujung dunia.

MASJID ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.

Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini.

Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.

Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave.

Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment