26 February 2013

[ RIDA LAMBANG SEMPURNA DAN KEMULIAAN ]


share dari link fb ~PONDOK HABIB


[ RIDA LAMBANG SEMPURNA DAN KEMULIAAN ]

''Rida' Nabi suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida.Lambang orang yang mulia ada rida'.Bila ada orang mulia datang,Nabi saw merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada Nabi.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak Rasulullah. Dia nak jumpa Nabi Muhammad.''Aku kakak Rasulullah.''Sahabat memberitahu hal tersebut kpd Nabi saw.Nabi menyuruhnya supaya datang berjumpa.''Ya ALLAH, Syaima' ''.Nabi kemudian cabut rida'nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari''Kakak? Nabi ada kakak ke?''
Orang Arab tahu apabila buang rida' dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,''Rasulullah,aku Syaima' '' Nabi menjawab,'' Ya ,aku tahu.''.Syaima' ialah kakak susuan Nabi saw,anak kepada Halimatus Sa'diah.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida'.

~Fadhilatus As Sheikh Zainol Asri Haji Romli,Mudir Darul Hadis,antra anak murid yg utama as As Sheikh al Mukarram Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki.

No comments:

Post a Comment