28 February 2013

KARAMAH AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ


share dari link fb ~Abdul Latiff Yusoh


KARAMAH AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR AL-HAFIDZ

Pada tanggal 12 Rabi'ul Awal saban tahun, Al-Allamah Al-Habib Umar Al-Hafidz selalunya akan menjamu tetamu samada dari kejiranan, penduduk sekitar Tarim, rakyat Yemen sendiri, bahkan tetamu dari serata dunia yang datang untuk maulid di Dar Al Mustofa dan Dar Al Zahra'.

Pernah pada suatu tahun itu, tetamu yang datang terlalu ramai. Beribu-ribu orang ramainya yang datang. Tukang masak di Dar Al Mustofa mulai panik, dan gelisah kerana bimbang makanan tidak mencukupi bagi dijamu kepada sekalian tetamu. Lalu hal itu dimaklumkan kepada Habib Umar. Dengan wajah yang tenang dan lirikan senyum terukir dibibir, beliau berkata,

"Tak mengapa. Hal ini tidaklah pelik."

Lantas beliau pergi ke dapur dan mula menyertai tukang masak lalu memasak dengan kedua-dua belah tangan beliau sendiri. Pada hari itu walaupun tetamu tidak putus-putus hadir, makanan menjadi cukup sehinggalah kesemua tetamu habis makan.

MasyaAllah tabarakallah..

Diterjemah dan diceritakan semula oleh Muhajir Al-Hadramiy kepada ana yang faqir.

Gambar: Al-Habib Umar Al-Hafidz sedang memasak di dapur Dar Al Mustofa

No comments:

Post a Comment