20 October 2015

SABAR DAN SOLAT, KUNCI UTAMA PERTOLONGAN ALLAH SWT

share dari link fb ~ Rohana Saad

SABAR DAN SOLAT, KUNCI UTAMA PERTOLONGAN ALLAH SWT

Ujian dan musibah datang bertubi-tubi…silih berganti…hilang yang satu datang lagi satu. Kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran dugaan & musibah yang memedihkan dan menghunjam jiwa. Air mata tidak mampu tertahan lagi. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali. Waktu seolah terhenti, dunia terasa gelap gelita, harapan kian samar. 

Ujian di dunia adalah pasti buat orang-orang beriman. Ingatlah, dengan ujian atau musibah terkadang baru kita sedar bahawa kita hamba yang sangat lemah dan sentiasa memerlukan Allah yang Maha Kuasa. Kerana ujian yang menimpa, kita baru mengenal erti khusyuk dalam solat, baru merasakan kerendahan dengan deraian air mata, baru bisa merasakan nikmatnya ibadah, dan baru merasakan tiada apa yang bisa menolong kita kecuali Allah. Dan yakinlah, ada berita gembira buat mereka yang sabar. SABAR & SOLAT kunci utama pertolongan daripada Allah swt dalam firmanNya...

"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" ~ Al-Baqarah: 153 

Ingatlah, Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya. Ingatlah, Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya. Rahmat kasih sayangNya teramat luas untuk hambaNya. Dekatlah kepadaNya. Yakinlah kepadaNya. Dia sentiasa ada. Bersama kita.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment