11 October 2015

ALLAH TAHU WALAUPUN KITA PURA-PURA KUAT...

share dari link fb ~ Rohana Saad

ALLAH TAHU WALAUPUN KITA PURA-PURA KUAT...

Memang terasa letihhhh sangat, sedihhh sangatt, penattt sangattt, downnn sangat dan segala yang seangkatannya! Macam mana kita boleh bertahan sampai ke tahap ni? Kerana Dia! Ye, kerana Dia yang Maha Memberi kekuatan pada diri kita yang buat-buat kuat ni! Dari sekecil-kecil nikmat sehingga sebesar-besar rahmat, Dia tak pernah tinggalkan kita! Dia ada waktu kita sedih, Dia ada waktu kita penat, Dia ada waktu kita jatuh, Dia sentiasa ada!! 

Akhirnya kita tersedar, kita rupanya belum cukup kuat, hati masih rapuh, ada ruang, ada lompong, ada kosong, ada jarak dengan Tuhan. kita alpa, kita lalai, kita lupa, kita leka. DIA datang, DIA tunjuk perkara-perkara besar sudah membuat kita BUTA, maka datang perkara-perkara kecil membuat kita terJAGA. Kerana Allah tahu kita tak kuat,maka Dia sengaja beri kita kesusahan, untuk kuatkan kita. Pedang takkan mampu menjadi tajam membunuh andai tidak dilebur, diasah dan diketuk. Sangka baik dengan Allah.

“Walaupun kita pura pura kuat, tapi Allah tahu kemampuan kita. Allah tahu bila masa kita lemah. Allah tahu bila masa kita rasa rapuh. Allah tahu..Allah tahu... Allah tahu apa yang orang lain tak tahu. Allah tahu diri kita yang sedang mencuba. Biarlah orang nak menilai kita dengan kesalahan yang kita buat sesaat yang lalu. Allah tahu kita dah cuba bertaubat dan berubah. Allah tidak kirimkan kita sesiapa saat kita diuji kerana Dia mahu kita berkongsi perit kita dengan Dia je. baiknya Dia.. Because He knows.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment