11 October 2015

JERUK BAWANG PUTIH

share dari link fb ~ Kerja Dari Rumah

JERUK BAWANG PUTIH

Bahan-bahannya

1. 20 labu bawang putih, jangan ceraikan/kupaskan. Buang kulit yang sudah
terkupas. Bersih dan toskan.Kalau rajin, kukuskan bawang putih sehingga agak
lembut (boleh dicucuk dengan garpu)
2. 1 cawan cuka
3. 2 cawan air
4. setengah cawan gula pasir
5. 5 sudu makan garam

Cara:
1. Masak air, cuka, gula dan garam hingga mendidih
2. Masukkan bawang putih dan masak hingga didih sekali lagi + another 5-10
minutes. Kalau sudah dikukus, masak hingga didih sahaja.
3. Sejukkan (betul betul sejuk)
4. Masukkan dalam telap yang tidak kedap udara (telap kaca, bukan plastik
ye!)
5. Boleh simpan dalam fridge (tahan 2 bulan) atau kalau bukan dalam fridge,
tahan 2-3 minggu. Ambil gunakan sudu.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

1 comment:

  1. ini makanan kegemaran saya semasa saya kecil dulu, mak selalu buat. tp sayang bila mak dah takde, tak siapa nak buat. jazakallah, sy akan cuba resepi ini. sy share ya.

    ReplyDelete