08 October 2015

HIDAYAH TIDAK DATANG SENDIRI, KITA YANG KENA CARI

share dari link fb ~ Rohana Saad

HIDAYAH TIDAK DATANG SENDIRI, KITA YANG KENA CARI 

KITA adalah pengendali hidup kita sendiri. Apa jua situasinya kita yang akan hadapi dan lalui. Hanya kita saja yang mampu tentukan mana halatuju kita. Saat getir ujian, carilah DIA. Saat bahagia dengan senyuman, carilah DIA. Kerna DIA-lah “kekasih” yang selalu ada untuk kita disaat orang lain sibuk… sibuk… dan terlalu sibuk! itulah… membuatkan kita lazat untuk mencari CintaNYA. Kita bersabar, redha dan rendah diri padanya mengakui kesilapan lampau kita...

ALLAH berfirman kepada Nabi Daud, “Hamba yang paling AKU Cintai ialah mereka yang mencari AKU bukan kerana takut hukumKU atau hendakkan KurniaanKU, tetapi adalah semata-mata kerana AKU ini Tuhan.” Maka, Kerana ayat inilah kita harus mencari cintaNYA. Kerana ayat ini juga kita mesti menjadi pengkagumNYA. Kita tidak mahu melakukan ibadah kerana fadilat dan ganjarannya. Kita tidak mahu ibadah kerana balasannya syurga. Islam, iman, taubat, tawakal, penggantungan, serta perjalanan takdir dalam hidup mati kita, kesudahan baik dan kesudahan buruk kelak atas kehendakNya menempatkan kita dimana Dia kehendaki.

ALLAH tidak memilih siapa layak, siapa tidak berhak menikmati hidayahNYA. Jangan kita rendah diri jika amal dan imanmu sekadar kuat besi berani jika dibanding manusia lain yang boleh dihitung seluas lautan dan langit. Iman itu terletak dihati dengan rasa rendah diri. Saat kita tundukkan hati menangisi kesalahan yang lalu, cintaNYA terbuka seluas arasy untuk kita. CintaNYA tidak akan membezakan kita pernah berdosa atau berpahala. CintaNYA akan membuka seluas-luas kasih sayangNYA saat kita mengakui syahadahNYA. CintaNYA mejadi dinamik untuk kita melangkah ke satu ruang taubah. Dan detik itulah….Menangislah, mengadulah segala beban takdir yang tidak tertanggung oleh kita. Moga DIA selalu belas ehsan untuk menerima doa kita....

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment