TAWAKKAL SEEKOR SEMUT
Allah SWT menganugerahi Nabi Sulaiman AS sebuah mu’jizat boleh berbicara dengan binatang, suatu ketika beliau bertemu seekor semut dan bertanya, “Berapakah rezeki yang engkau perlukan untuk hidupmu setahun?”
Sang semut berkata, “Sebutir gandum!”
“Hanya sebutir gandum?” Kata Nabi Sulaiman, hampir tidak percaya.
“Ya, hanya sebutir gandum!!” Kata sang semut menegaskan.
Nabi Sulaiman menempatkan semut tersebut dalam suatu bekas tertutup, dan memberikan sebutir gandum untuk keperluan hidupnya.
Setahun kemudian Nabi Sulaiman membuka bekas tertutup itu, dan beliau melihat gandum tersebut masih ada separuh, dan semut tersebut dalam keadaan sihat. Beliau berkata kepada sang semut, “Engkau mengatakan bahawa kperluan makananmu satu butir gandum setahun, mengapa masih ada separuhnya setelah setahun ini?”
Sang semut berkata, “Kalau aku di luar sana, Allah yang menjamin rezekiku, dan aku bertawakkal kepada-Nya. Allah tidak akan pernah lupa dan lalai dengan rezeki yang menjadi bahagianku.Oleh kerana engkau menempatkanku di tempat tertutup, dan engkau memaksa aku ‘tawakal’ kepada engkau, maka aku hanya memakan separuh simpanan makananku. Aku tidak yakin apa engkau akan ingat kepadaku setelah setahun ini, kerana itu aku mencadangkan separuhnya, kalau-kalau engkau lupa denganku!!”
Nabi Sulaiman bersujud dan mengucapkan kalimat-kalimat pujian akan Kebesaran dan Keadilan Allah.....
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment