Resepi Chocolate Truffle Ball
BAHAN-BAHAN:
125 gm krim putar
260 gm coklat masakan
1 sudu makan liquid glucose
1 sudu teh perisa oren
Serbuk koko untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Panas dan didihkan krim putar tadi.
2. Masukkan liquid glucose dan coklat masakan yang dipotong kecil. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan perisa oren dan biar sejuk sehingga pejal.
4. Masukkan dalam beg piping dan paipkan bulat seketul. Masukkan dalam peti sejuk seketika.
5. Setelah keras, guna tangan dan gentel dengan tapak tangan biar menjadi bulat. (Tangan jangan panas, rendam air sejuk dahulu supaya coklat digentel tidak cair.)
6. Golekkan dalam serbuk koko, boleh juga di letakkan dalam mangkuk kertas. Sedia untuk dihidangkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment