TART NENAS
Bahan Untuk Buat Jem:
1 biji nenas - parut dan toskan airnya.
400 gm gula
1 batang kulit kayu manis
3 titik pewarna kuning
Bahan Untuk Hiasan:
1 biji kuning telur
1 sudu air
- Sedikit pewarna kuning
Bahan Untuk Tart:
125 gm butter
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu besar minyak sapi
1 3/4 cawan tepung gandum*
1/4 cawan tepung jagung*
1 sudu besar tepung kastad*
1/2 sudu teh garam halus
Cara Membuat Jem Nenas:
1- Masak nenas yang telah diparut bersama gula.
2- Apabila hampir kering,masukkan pewarna kuning dan kayu manis.
3- Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.
Cara Untuk Bahan Hiasan:
1- Kacau sebati kuning telur,air dan pewarna kuning,dan sapu diatas tart gulung.
Cara Membuat Tart:
1- Pukul butter bersama gula sehingga putihdan berkerim.
2- Masukkan kuning telur,minyak sapi dan garam,kacau hingga sebati.
3- Ayak ketiga2 tepung yang bertandakemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan sehingga menjadi doh yang lembut,rehatkan seketika.
4- Masukkan doh kedalam acuan tart,tekan dan gulung bersama inti jem nenas yang telbh digentel membujur.
5- Susun diatas dulang yang telah dialas baking paper atau digriskan dengan butter.
6- Kemudian sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan.
7- Panaskan oven pada suhu 175C masukkan kuih dan bakar selama 20-25minit.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment