13 May 2015

Peristiwa Israk Mikraj

share dari link fb ~ Muhamad Shahbudin

PERISTIWA ISRAK MIKRAJ NABI MUHAMMAD ﷺ YANG TELAH BERJUMPA DENGAN SEORANG NABI YANG SEDANG MERINDUI KITA SEMUA DAN MENYAMPAIKAN SALAM KEPADA KITA DAN MENGKHABARKAN KEPADA KITA MENGENAI KEINDAHAN SYURGA YANG MENANTI KITA DENGAN MENYURUH KITA UNTUK MENANAM SEBERAPA BANYAK POHON-POHON SYURGA SUPAYA IANYA BERTAMBAH CANTIK DAN INDAH UNTUK KITA MILIKI

Peristiwa Israk Mikraj adalah suatu peristiwa yang sangat agung sekali yang mana Nabi ﷺ dalam perjalanan yang panjang menziarahi kepada SYURGA,menziarahi kepada NERAKA.Melihat bagaimana AZAB dan SEKSAAN yang diterima oleh PENGHUNI-PENGHUNI NERAKA.

Dan melihat PENUH KENIKMATAN yang diperolehi MAHLIGAI,BIDADARI,KESERONOKAN DAN KENIKMATAN yang dimiliki oleh PENGHUNI-PENGHUNI SYURGA yang mana Nabi ﷺ saksikan dengan matanya.Nabi ﷺ khabarkan kepada kita mengenai SYURGA bukan hanya ambil dengan angin tanpa melihatnya.Tidak!!!

Akan tetapi,Rasulullah ﷺ melihat SYURGA itu sendiri.Nabi ﷺ pernah melihat NERAKA.Menyaksikan AZAB dan SEKSAAN dan Nabi ﷺ khabarkan kepada kita.Dan Nabi ﷺ takutkan kepada kita mengenai NERAKA bukan hanya biasa tetapi kerana Nabi ﷺ telah menyaksikan bagaimana dahsyatnya seksaan api neraka.

Dan Nabi ﷺ sentiasa memberi semangat dan motivasi kepada kita mengenai SYURGA ALLAH dan Nabi ﷺ telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana KEHEBATAN SYURGA tersebut.

Dan peristiwa Israk wal Mikraj Nabi ﷺ bertemu dengan Nabi Ibrahim di Baitul Ma'mur di langit ke-7.Baitul Ma'mur akan dikelilingi dan ditawaf oleh Para Malaikat.Sekali tawaf ada 70 000 Malaikat bertawaf mengelilingi kepada Baitul Ma'mur dan jika satu orang Malaikat telah sempurna 7 kali tawaf Baitul Ma'mur dan keluar daripada tempat tawaf.

Maka dia(Malaikat) tidak akan dapat giliran sehingga hari kiamat untuk tawaf di Baitul Ma'mur tersebut.Rasulullah ﷺ mengatakan bahawa kerana begitu ramainya Para Malaikat yang dalam menunggu giliran untuk tawaf di Baitul Ma'mur tersebut di langit ke-7.

Dan Nabi ﷺ telah berjumpa dengan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam yang ketika itu sedang duduk bersandar di Baitul Ma'mur di langit ke-7.Rasululullah ﷺ adalah cucu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam adalah moyang kepada Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ mengatakan kepada Para Sahabat "Aku melihat ketika berjumpa dengan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam.Wajahnya seiras dengan wajahku dan wajahku seiras dengan wajahnya.Aku adalah cucunya."

Nabi Ibrahim 'Alaihissalam mengatakan kepada Nabi Muhammad ﷺ "Wahai Muhammad.Katakan kepada Ummatmu,sampaikan SALAMKU kepada mereka."Siapa yang menyampaikan salam?Nabi Ibrahim 'Alaihissalam salah seorang Nabi Ulul Azmi.Kepada siapa disampaikan salam?Ummat Nabi Muhammad ﷺ yakni kita semua.

Ada seorang Nabi yang sedang MERINDUI kepada kita daripada Baitul Ma'mur di langit ke-7 MERINDUI KITA.

Nabi Ibrahim 'Alaihissalam mengatakan "Wahai Muhammad.Sampaikan salamku kepada Ummatmu dan katakan kepada mereka bahawa TANAH SYURGA itu begitu SUBUR,HARUM dan juga WANGI.Katakan kepada mereka KELAZATAN SYURGA itu SANGAT INDAH,KEBUN-KEBUN DI SYURGA LAPANGANNYA SANGAT INDAH.

Tetapi katakan Ummatmu untuk tanam seberapa banyak pohon-pohon Syurga supaya ianya bertambah indah dan katakan kepada mereka bahawa pohon-pohon Syurga itu adalah dengan ucapan SUBHANALLAH,WALHAMDULILLAH,
WALAA ILAAHAILLALLAH,WALLAHU AKBAR,WALAA HAULA WALAA QUWUATA ILLAA BILLAAHIL ALIYYIL ADZIIM.

Minta kepada Ummatmu untuk memperbanyakkan ucapan tersebut kerana dengan 1 SUBHANALLAH maka 1 POHON SYURGA DITANAM.
1 ALHAMDULILLAH,1 lagi POHON SYURGA."

Seorang yang mempunyai tanah manakah yang dia lagi suka.Adakah tanah yang lapang yang tidak mempunyai apa-apa?Ataupun tanah yang mempunyai kebun-kebun dengan tanaman pohom-pohon yang rendang yang indah dengan keindahan sungai yang mengalir di tepi-tepi pohon sehingga ia mengalir keluar?

Ini adalah menunjukkan keindahan.Seorang yang menanam yang mana dia telah memiliki SATU POKOK DI SYURGA.Adakah Allah سبحانه وتعالى tidak akan menjumpakan pemilik kebun tersebut dengan kebun tersebut?Adakah Allah سبحانه وتعالى akan memberikan selama-lamanya di Api Neraka Allah?
Sedangkan ada sesuatu yang dimiliki dalam Syurga Allah.

Sudah pasti tidak.Allah سبحانه وتعالى BERSIFAT ADIL.Apabila seseorang itu telah mendapatkan ASSETNYA telah mendapatkan PROPERTYNYA di dalam taman yang dinamakan SYURGA dan JANNAH ALLAH سبحانه وتعالى.Allah سبحانه وتعالى tidak akan mengecewakan seseorang itu untuk mendapatkan apa yang telah dimilikinya,apa yang telah ditanamnya,apa yang telah disemainya,apa yang telah ditetapkan di dalam Syurga.Allah سبحانه وتعالى akan sampaikan kepadanya.

#MutiaraKata[AL-FADHIL USTAZ IQBAL ZAIN AL-JAUHARI HAFIDZOHULLAH]

Seseorang yang apabila mendengar mengenai KEINDAHAN SYURGA dan hatinya langsung tidak merasakan NIKMATNYA SYURGA itu dengan dia berusaha untuk menambah amal kebaikannya.Dan apabila seseorang itu mendengar mengenai DAHSYATNYA AZAB dan SEKSAAN API NERAKA itu dan dia langsung tidak merasa takut dengan perkara tersebut dan terus menerus melakukan maksiat dan dosa kepada Allah سبحانه وتعالى dan tidak berusaha untuk mengerjakan amal kebaikan.

Maka sesungguhnya orang-orang seperti begini HATINYA telah MATI.Mati disebabkan di dalam HATINYA di dalam DIRINYA itu terdapat KECINTAAN KEPADA DUNIA MELEBIHI KECINTAAN KEPADA AKHIRAT.

Maka antara UBAT bagi kita untuk MENGHIDUPKAN KEMBALI HATI-HATI kita adalah dengan kita MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU dan melihat kepada PARA ULAMA dan ORANG-ORANG SOLEH.

#MutiaraKata[AL-HABIB NAJMUDDIN OTHMAN AL-KHERED HAFIDZOHULLAH] 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment