MENSYUKURI NIKMAT ALLAH.
"Maksud syukur itu adalah, bilamana seseorang itu tahu akan semua nikmat yang ada padanya itu semuanya adalah pemberian daripada Allah سبحانه وتعالى."
"Dan Orang-orang yang mempunyai sifat syukur didalam diri mereka adalah orang yang mempunyai kedudukan yang mulia disisi Allah سبحانه وتعالى. Sifat syukur itu juga adalah pemberian daripada Allah سبحانه وتعالى. Nikmat daripada Allah سبحانه وتعالى."
"Rasulullah ﷺ bersabda; "Barangsiapa yang diberi kurnia, lalu dia berterima kasih. Kemudian dia diuji lalu dia bersabar. Kemudian dia dianiaya lalu memaafkan. Dan bilamana dia menzalimi, dia meminta maaf. Kemudian rasulullah ﷺ diam. Kerana apa, kerana ingin mengundang rasa ingin tahu para sahabat ketika itu."
"Maka berkata para sahabat; "Lalu, Mengapa Ya Rasulullah ﷺ? " Jawab rasulullah ﷺ; "Mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka jugalah yang mendapat hidayat. Antara orang yang terawal masuk syurga kelak adalah mereka yang suka memuji Allah سبحانه وتعالى. Iaitu mereka yang sentiasa memuji Allah سبحانه وتعالى atas setiap perkara baginya."
"Antara tanda-tanda yang kita boleh lihat pada mereka yang bersyukur kepada Allah سبحانه وتعالى adalah mereka gembira bilamana wujudnya sifat syukur itu sendiri didalam diri mereka. Yang mana nikmat tersebut digunakan untuk beramal ibadat digunakan untuk agama Allah سبحانه وتعالى. Mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Mereka bersyukur dengan melakukan ketaatan kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan juga bersyukur dibantu oleh Allah سبحانه وتعالى didalam berbuat taat kepada Allah سبحانه وتعالى. Sesunggguhnya Allah سبحانه وتعالى redha akan seorang hamba bilamana bila makan sekali lalu diucap Alhamdulillah. Bersyukur atas rezeki tersebut. Kemudian minum sekali, dia ucap Alhamdulillah atas rezeki itu."
"Rasulullah ﷺ bersabda; "Sekiranya salah seorang umatku itu diberikan seluruh dunia ini dan seisinya, kemudian dia mengucapkan Alhamdulillah. Nescaya ucapan Alhamdulillah itu lebih berat lebih utama dari dunia ini dan seisinya. Dan antara sifat orang yang bersyukur, perhatikanlah kepada orang yang kurang bernasib baik daripada kamu. Itu adalag lebih baik bagi kamu agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah سبحانه وتعالى keatas kamu."
"Jangan kita merasa sombong dengan nikmat yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada kita. Kita mengangkat diri kita ini lebih mulia lebih hebat dihadapan orang ramai. Kerana kemulian itu milik Allah سبحانه وتعالى. Barangsiapa yang melakukan demikian maka dia telah kufur atas nikmat yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepadanya. Moga-moga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kita sifat syukur atas setiap pemberian nikmat-Nya."
- Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
—
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment