RESEPI UDANG GORENG TEPUNG
macam kat kedai thai seafood
Bahan-bahannya :
● 20 - 30 ekor udang
● 80 gram tepung gandum
● 100 ml air
● 1 sudu kecil baking powder
● sedikit garam
● sedikit kunyit utl warnakan kuning)
Cara Membuatnya :
1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
3. Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
8. Bahagian ekor tidak perlu disalut tepung.
9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
10. Angkat dan toskan.
11. Hidangkan bersama sos pencicah yg anda suka. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.
Tips
Pastikan udang betul2 kering bagi mengelakkan dari minyak meletup yer....
Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat....
Selamat mencuba.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment