31 May 2015

ROHINGYA – ANTARA KEJAHATAN MANUSIA DAN KESESATAN AGAMA.


ROHINGYA – ANTARA KEJAHATAN MANUSIA DAN KESESATAN AGAMA
Tersentuh hati atas nama kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam apabila bot yang sarat dengan muatan manusia terutama kanak-kanak dan wanita dari Rohingya tidak dibenarkan mendarat. Sejak 20 tahun dahulu begitu ramai pelarian ini yang ‘ghaib’ di lautan apabila tiada negara yang mahu menerima mereka.
Kami telusuri semua artikel dari pelbagai sumber, termasuk video dari portal berita antarabangsa untuk membuat sedikit rumusan. Perhatikan klips dalam video ini; termasuk ulasan para sami, beberapa wartawan antarabangsa, juga luahan penduduk budha dan warga Rohingya sendiri.
Ada yang kata mereka ini bangsa pengecut kerana lari meninggalkan tanah air sendiri. Jika diberi perlindungan dan mendapat Identiti UNHCR pula, mereka akan naik lemak dan tidak menghormati kita selaku tuan rumah. Bagaimanalah mereka harus melawan penghapusan etnik yang disokong kerajaan bekas dikatator itu dengan jumlah yang kurang dari 10% dan tanpa sokongan moral, dana dan senjata?
Sebenarnya ada beberapa keluarga Rohingya yang berhubungan sangat rapat dengan kami selama beberapa tahun sebelum ini. Mereka adalah kumpulan yang awal-awal berjaya melarikan diri dari kekejaman kerajaan mereka. Di RPWP, kami jadikan mereka sebagai asnaf yang memerlukan perlindungan.
Salim, salah seorang yang rapat dengan kami telah 18 tahun berada di Malaysia. Dalam setiap perbualan, beliau sering menceritakan suasana yang berlaku di negara asalnya. Kini, beliau dan sekian banyak keluarga Rohingya telah dipindahkan ke Amerika. Yang lainnya dipindahkan ke Australia dan beberapa negara lain.
Kekerabatan dengan mereka itu telah memberi kami banyak gambaran tentang budaya bangsa ini. Tidak dinafikan memang benar jika dikatakan mereka itu ada yang pengotor, pemalas, besar kepala dan sebagainya. apa tidaknya, standard hidup mereka 50 tahun di belakang kita. Namun, Salim rakan Rohingya kami itu pula amat kuat bekerja dan pandai berniaga.
Orang berbudi kita berbahasa. Apabila kita buat baik pada mereka, mereka juga kami dapati sangat hormat dan baik dengan kami. Sampai saat berangkat ke Amerika, beliau tidak habis-habis menyatakan amat keberatan meninggalkan Malaysia. 18 tahun beliau bekerja keras untuk mengumpul wang bagi membawa ayah ibu dan keluarga besarnya ke Malaysia sebelum berangkat ke negara ketiga.
Sampai hari ini beliau masih berhubungan dengan kami untuk memberikan perkembangan terkini. Yang penting apa yang beliau jangkakan dahulu telah benar-benar berlaku, iaitu tentang nasib pendidikan anak beliau. Itu sahaja sebab beliau terima tawaran UNHCR untuk dipindahkan ke negara ketiga, iaitu pendidikan anak-anak yang tidak disediakan di Malaysia. Malangnya apa yang berlaku di negara ketiga lebih merisaukan hatinya.
NASIB PELARIAN ROHINGYA
Dapat kita lihat dari video ini mereka menggunakan sampan kayu yang bocor dan setengahnya berkayuh dengan tangan meredah lautan. Dalam satu video kami terkedu apabila mereka yang berada dalam sampan kecil melihat bot besar yang berlayar bersama mereka ditembak oleh sebuah helikopter lalu karam tanpa berita.
Bangladesh yang dikatakan berkait repat dengan asal usul mereka adalah sebuah negara yang miskin. Kerana itu mereka tidak mampu menerima pelarian ini kerana sudah terlalu ramai. Kem pelarian yang disediakan juga kebanyakannya tidak didaftarkan.
Apa yang dinyatakan dalam video ini juga munasabah. Kelima-lima sampan bocor yang dihalau semula ke laut itu tidak dapat dikesan apa beritanya. Ungkapan yang mengatakan “Pulanglah ke laut… Allah akan selamatkan kamu” yang diungkap oleh pengawal pantai itu agak mengguris hati. Ia seolah-olah sengaja menghalau mereka 'untuk mati'.
Kematian semasa perlayaran sudah terlalu banyak. Kelaparan dan kehausan mereka amat dahsyat. Ada yang melapurkan sampai ke tahap meminum semula ‘air kencing’ mereka untuk terus hidup.
Berita tentang penemuan KUBUR RAHSIA yang tertanam mayat-mayat Rohingya seperti yang dilapur baru-baru ini bukan perkara baharu. Berapa banyak aduan oleh pelarian tentang kekejaman pihak berkuasa Thai yang telah menahan, menyiksa dan membunuh mereka. Video ini sendiri menampakkan bahawa dunia sudah tahu apa yang berlaku, cuma mereka tidak berminat untuk membantu.
Bagi kami, tidak kira atas dasar apa sekalipun, atas dasar kemanusiaan, kami fikir mereka wajar dibantu sekalipun ada banyak kelemahan dan kekurangan pada mereka.
Bertahun-tahun kami melihat gambar yang ditunjukkan oleh warga Rohingya tentang kekejaman yang dilakukan terhadap kaum keluarga mereka tanpa dapat berbuat apa-apa. NGO antarabangsa tidak dialu-alukan di sana. Warga yang berjaya melarikan diri tidak berani pulang semula untuk menyelamatkan keluarga mereka kerana takut dibunuh.
Jika kita sukar atau tidak berpeluang membantu mereka di sana sebagai manusia dan saudara seagama, kini mereka telah pun berjaya melarikan diri. Alangkah ruginya jika kita tidak ambil peluang untuk menghulurkan bakti.
TAWARAN RPWP
Bagi sesiapa yang mempunyai jalan, atau laluan yang legal bagaimana mereka ini boleh kami lindungi, insyaAllah kami di RPWP sudi untuk bersaudara dengan mereka. Tidak sampai hati melihat kesengsaraan mereka selama ini, khasnya golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Mereka ini hanya orang yang berusaha melarikan diri dari kekejaman kerajaan yang menindas untuk mencari ruang hidup yang lebih aman. Hijrah mereka adalah perintah Allah apabila tiada keupayaan lagi untuk melawan lalu mereka terus terusan ditindas.
Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri ini." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali, (QS: 4. An Nisaa' 97 (terus baca sampai ayat 100).
KESIMPULAN
Sebagai sebuah negara Islam yang mendaulatkan agama Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka atas dasar aqidah yang sama.
Suatu ketika dahulu, Tun Mahathir pernah melaksanakan misi menyelamatkan warga Islam dari bumi Bosnia yang dizalimi dan memerlukan perlindungan. Mungkin kerajaan boleh mengkaji dan merangka sesuatu yang lebih kurang serupa dengan misi itu. Ingatlah, pelarian Vietnam lagikan pernah kita tolong, inikan pula Rohingya, saudara seagama dengan kita.
Di kala negara lain, ada yang menerima dan ada yang menolak. Kita bimbang nasib mereka kembali menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu menjadikan mereka ini sebagai hamba semata-mata. Maklumbalas dari keluarga mereka yang sudah berpindah ke negara ketiga sebenarnya ‘kurang menyenangkan’ hati kami.
Pedih sampai ke hulu hati apabila seorang imam mereka mengatakan “Jangan kirim kami balik ke Myanmar kerana mereka akan bunuh kami. Jika perlu, bunuhlah kami. Kami lebih rela dibunuh oleh tangan saudara Islam kami berbanding mati di tangan kuffar”. Apapun, kita berterima kasih kepada Acheh kerana mengizinkan mereka mendarat untuk bernafas.
Sebenarnya Allah sedang menguji kita yang kononnya kini sedang hidup aman sejahtera, kaya, berkuasa dan berupaya menolong mereka.
Memanglah setiap isu itu ada pro dan kontranya. Dalam hal kemanusiaan dan persaudaraan ini, mari kita cari jalan membantu mereka dahulu. Ketepikanlah dahulu isu kebanjiran warga asing dan sebagainya. Selepas itu baru kita fikirkan apa kaedah terbaik untuk membantu mereka pada jangka panjang. Bukan saling berdebat untuk menunjuk siapa yang lebih handal berhujah lalu membiarkan mereka mati ditelan ombak dan dimamah panas matahari.
InsyaAllah jika kita tolong Allah dengan menghulurkan bantuan kepada hamba Nya, nanti Allah akan tolong kita dan anak cucu kita bila sampai masanya. Sesungguhnya ajal, maut, jodoh dan rezeki ini urusan Allah yang bijaksana dalam mengatur keperluan umatNya. Kita pun hanya menumpang di bumi bertuah ini untuk seketika sahaja.
Hakikatnya inilah UJIAN sebenar kepada umat Islam seluruh dunia. Adakah hanya mahu melihat sahaja tetapi memekakkan telinga, menutup terus pintu hati sebagai manusia, atau masih berbaki sisa-sisa iman yang mahu melihat Islam itu adalah agama kasih sayang, bukan agama yang mengajak kepada persengketaan.
Kami amat rimas dengan keganasan terutamanya berasbabkan konflik agama. Janganlah kita musuhi penganut Budha yang tidak ada kena mengena.
Perhatikan apa yang dinyatakan oleh beberapa Sami dalam video ini. Keganasan yang turut melibatkan golongan Sami itu bukan ajaran agama mereka. Ini termasuk kenyataan mengutuk Islam oleh beberapa sami yang menjadi BATU API.
Janganlah kita amalkan budaya memperbaiki sesuatu kerosakan dengan cara melakukan kerosakan juga. Peperangan adalah agenda dajjal untuk menghancurkan kesejahteraan manusia. Janganlah kita ikut tergoda. Ia tidak sekali-kali akan menyelesaikan masalah melainkan malah menambahnya.
WARGA PRIHATIN
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kenapa dia dikatakan sebaik-baik raja ?

 share dari link fb ~ Dr Zainur Rashid Zainuddin added 3 new photos.

Kenapa dia dikatakan sebaik-baik raja ?
“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
29hb Mei - Hari ini dalam sejarah.
Ketika solat Jumaat hendak didirikan buat pertama kalinya di kota Konstantinopal, timbul pertanyaan di kalangan baginda tentang siapakah yang paling layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita yang pernah meninggalkan solat fardhunya sejak baligh hingga sekarang walaupun sekali, sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapakah di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Maka sebahagian daripada tenteranya pun duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat Rawatib dan solat Tahajjud sejak baligh.
Baca lagi :
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤

》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.
♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
♧Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
♧Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

☆☆Jika anda mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan. Apa yang perlu anda lakukan?
~ Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Anda akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.
》 Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol anda yang paling mudah?

♡♡Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul.
Badan yang sihat itu anugerah daripada Allah SWT yang tak ternilai harganya.

Hargailah ia sebelum terlambat!
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA PUTIHKAN GIGI

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

PETUA PUTIHKAN GIGI

Boleh cuba mana-mana cara berikut...
Cara 1 : Strawberi
Campurkan minuman soda dengan pulpa strawberi dan sapukan campuran ni kat gigi guna berus gigi lembut. Biar selama lima minit, lepas tu berus gigi guna ubat gigi biasa. Bilas mulut macam biasa. Jangan kerap sangat cara ni, takut2 rosak tooth coating.

Cara 2 : Kulit lemon / oren
Gosok bahagian dalam kulit oren / lemon kat gigi, lepas tu bilas. Kemudian berus gigi guna ubat gigi macam biasa, ubat gigi berfluorida. Amalkan seminggu, inshaAllah nampak perubahan warna gigi. Juga jangan berlebuhan sebab takut2 kandungan asid oren / lemon memberi kesan kat enamel gigi.

Cara 3 : Kulit pisang
Gunakan bahagian dalam kulit pisang, sapukan pada gigi dalam 2minit. Mineral pada kulit pisang seperti potasium, magnesium dan manganese akan serap kototan pada gigi.

Cara 4 : Minyak zaitun
Cari minyak zaitun asli, sebelum berus gigi, titiskan sikit kat berus gigi. Lepas tu berus gigi dan bilas macam biasa. Boleh juga titiskan kat kain dan gosok-gosok kat gigi.

Cara 5 : Baking Soda
Gunakan soda penaik tu untuk putihkan gigi. Campur sedikit sahaja dengan ubat gigi atau campur dengan hydrogen peroxide untuk bersihkan dan putihkan gigi. Hydrogen peroxide tu fungsi dia sebagai ejen anti-bakteria.

Cara 6 : Serbuk karbon / arang
Karbon ada kualiti serapan, ia mampu menyerap toksin, bahan kimia dan kotoran berasid. Basahkan berus gigi, cicah sikit kat serbuk karbon dan berus gigi dengan gerakan bulatan (circular motion) selama kira-kira 2 minit. Serbuk karbon berfungsi menyerap kotoran terkumpul pada gigi.

Selamat Mencuba 
smile emoticon
 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Teknik untuk tut pokok betik ikut kaedah yang digunakan di Thailand

share dari link fb ~ Siakap Keli added 5 new photos.
Teknik untuk tut pokok betik ikut kaedah yang digunakan di Thailand
1. Cari pokok induk yg elok, pangkas supaya tumbuh tunas baru.
2. Bila tunas dah cukup besar, tebuk lubang spt dlm gambar, masukkan kayu supaya lubang itu tidak tertutup.
3. Balut tempat tebukan dgn tanah atau koko peet dan bungkus.
4. Tunggu sehingga keluar akar baru potong dan pindahkan.
Kredit: Azhar Apendi Muhamad 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

26 May 2015

CARROT CAKE FROSTING, CHOCOLATE CAKE FROSTING, RED VELVET CAKE FROSTING

share dari link fb ~ Jom kongsi ilmu 2

CARROT CAKE FROSTING


Bahan

2 1 cwn butter
2 ketul cream cheese
1 sudu besar esen vanilla 
2 cwn gula aising

Cara
1.Masukkan butter dan gula,putar hingga lembut dengan kelajuan sederhana selama 2minit.
2.Kemudian masukkan esen vanilla dan krim keju,putar hingga sebati dan lembut. 

share dari link fb ~ Jom kongsi ilmu 2
CHOCOLATE CAKE FROSTING

Bahan
1 cwn cream cheese
1/2 cwn butter
1 sudu teh esen vanilla
2 cwn gula aising

Cara
1.Masukkan butter dan gula,putar hingga lembut dengan kelajuan sederhana selama 2minit.
2.Kemudian masukkan esen vanilla dan krim keju,putar hingga sebati dan lembut.

share dari link fb ~ Jom kongsi ilmu 2



RED VELVET CAKE FROSTING




Bahan



1 cwn butter tanpa garam (unsalted butter)


1 ½ cwn gula aising


1 1/2 sudu teh esen vanilla 


Secubit garam


2 cwn cream cheese ( 1 pound@2ketul)



Cara


1.Masukkan butter dan gula,putar hingga lembut dengan kelajuan sederhana selama 2minit.


2.Kemudian masukkan esen vanilla,garam dan krim keju,putar hingga sebati dan lembut.



blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE

share dari link fb ~ Jom kongsi ilmu 2

CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Bahan Kek
2 cwn gula
1 3/4 cwn tepung
1 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn susu cair
1/2 cwn minyak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air

Cara
1.Campurkan bahan kering,gaul sebati.
2.Putar telur dan gula hingga kembang.
3.Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
4.Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
5.Alas loyang dengan kertas minyak.
6.Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
7.Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
8.Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat putih
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Black Mousse
1 sudu teh gelatin
1 sudu besar air panas
1 cwn coklat
1 1/2 cwn whipping cream

Cara
1.Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
2.Cairkan coklat cara double boiler.
3.Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
4.Putar whipping cream hingga lembut.
5.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
1 cwn coklat masakan
1 cwn whipping cream

Cara
1.Cairkan coklat cara double boiler.
2.Putar whipping cream hingga lembut.
3.Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
1.Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
2.Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
3.Ulang langkah yg same hingga siap.
4.Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
5.Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
6.Simpan dalam peti sejuk 15minit.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/