Kuliah Maghrib
Masjid Pengadang Baru,Kuala Terengganu..(31/10/2012)
Kitab Hidayatul
Sibyan.
Bab : "Sujud
Sahwi"
1. Sujud Sahwi
bermaksud 'lupa'.Sunat sujud sahwi atas 5 sebab.Bila disebut sunat tak berdosa
kalau tak buat,bila buat dpt pahala.
2. Tujuan dilakukan
sujud sahwi adalah utk menampung kekurangan didalam solat yg kite lakukan..
3. Walaupun sujud
sahwi ini sunat tetapi menjadi wajib jika imam yg sujud sahwi ketika solat
b,jemaah,walaupun makmum tak lakukan kesalahan ketika solat.
4. Salah satu
sebabnya bila t,tinggal sunat ab'ad yakni sunat yg diberatkan seperti tak bace
tahiyat awal atau doa qunut subuh dgn sengaja atau tak sengaja..adapun
t,tinggal sunat hai'ah tak perlulah sujud sahwi.
5. Sunat juga sujud
sahwi apabila melibatkan perkara membatalkan solat yg tak sengaja kite lakukan
seperti berkata-kata dgn sedikit dlm solat ataupun t,salah memanjangkan rukun
yg pendek,contohnya duduk diantara dua sujud dgn lama.
6.
Peringatan!!!jangan duduk diantara dua sujud dgn lame,kalau sengaja batal solat
kerana menyalahi sunnah Rasulullah s.a.w.
kite ni dah terbalik
bile sujud kejap je tp bile duduk diantara dua sujud lame pulak.
7. Antaranya lagi
apabila tertinggal rakaat dlm solat..wajib ulang blk rakaat yg t,tinggal
tu..dan sujud sahwi sebelum salam,ingat tu,jgn mu dok ulang smula rakaat yg
t,tinggal,jgn terus sujud sahwi tanpa ulangi rakaat yg mu tinggal,batal solat
mung!
8. Diantaranya lagi
t,silap baca bacaan dlm solat,contohnya seperti terbaca tahiyat dlm rukuk dan
sebagainya,samaada sengaja atau tak sengaja..kena sujud sahwi.
9. Yang terakhir
apabila kite syak atau ragu pada rakaat sama ada dah t,lebih atau kurang,contoh
solat isyak,jika mari syak baru 3 rakaat maka tambahlah satu rakaat lagi dan
sujud sahwi selepas tahiyat akhir.
10. Ada 3 pandangan
ulama bacaan dlm sujud sahwi,pertama tiada bacaan hanya sujud,yg kedua baca
tasbih mcm sujud yg biasa dan pandangan ketiga mensuci dan membesarkan
Allah.ini adalah pandangan ulama,bkn dari nas atau hadis..tak salah kalau kita
amalkannya.
11. Barang yg ada
khilaf tidak termasuk dlm perkara mungkar,ning gop pakat baloh,wat tubik nas
wat tubik dalil,duk bab khilafiyah,padahal ulama2 dulu selesaikan lame doh..
12. Kalu mung
betul-betul berani bab hukum bakpe mu dop tegur pemimpin yg buat perkara
mungkar tu..orang gini bukan ustaz namenye tapi kuih tat!!
No comments:
Post a Comment