19 February 2013

PENCIPTAAN SIANG DAN MALAM


share dari link fb ~Harlina Binti Ahya Ulumuddin
PENCIPTAAN SIANG DAN MALAM

Ramai yang yang berpendapat bahawa nikmat Allah itu adalah apa apa sahaja yang boleh dirasa atau dilihat dengan mata. Tetapi tidak ramai di kalangan kita yang menyedari bahawa silih ganti siang dan malam itu juga adalah salah satu daripada nikmat -nikmat Allah yang paling berharga kepada kita

Maksudnya 
"Katakanlah (wahai Muhammad) apakah pendapat kamu seandainya Allah menjadikan malam itu berpanjangan sampai hari Kiamat, Siapakah Tuhan selain daripada Allah yang mendatangkan kamu dengan sinar cahaya? Apakah kamu tidak mendengar?"


Dalam ayat di atas, Allah bertanya kepada kita
1) Apakah pendapat kita seandainya Allah menjadikan malam itu berpanjangan sampai hari Kiamat 2) Siapakah Tuhan selain daripada Allah yang mendatangkan kepada kita sinar cahaya setiap hari?

Cuba kita renungkan betul betul ayat ini, Bayangkan, bagaimanakah kehidupan kita dan makhluk-makhluk Allah yang lain tanpa matahari. Tanpa sinaran matahari pokok pokok akan layu dan mati dan jika demikian cuba kita bayangkan apakah manusia mampu bertahan hidup tanpa siang sampai hari kiamat ? Matahari memainkan peranan yang penting dalam pengiraan hari, bulan dan tahun dan dengannya juga kita dapat mengetahui umur seseorang.

Dalam ilmu Falak (Astronomi) pula, penentuan arah Qiblat serta masuknya waktu sembahyang dikira melalui pergerakan matahari. Jadi cuba bayangkan apakah kita boleh tahu berapakah umur kita,bila dan hari apakah kita dilahirkan, adakah sudah masuk waktu sembahyang dan sebagainya tanpa pergantian siang dan malam. Jawapannya sudah tentunya tidak.

Begitu juga sebaliknya seandainya Allah menjadikan siang itu pula berpanjangan hingga ke hari Kiamat- sudah pasti manusia akan terus terusan bekerja tanpa rehat, si pelajar akan terus menerus berhadapan dengan buku pelajaran dan peperiksaan. Pertanyaan ini Allah lontarkan kepada kita sebagaimana FirmanNya dalam Surah AlQashash ayat 72

" Apakah pendapat kamu seandainya Allah jadikan siang itu berterusan sehingga hari Kiamat, Siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam supaya kamu berehat padanya. Apakah kamu tidak melihat"?

Kita tanya pula kepada diri kita : apakah kita sanggup hidup terus terusan begini tanpa rehat sampai hari Qiamat? Jangankan sampai hari kiamat, kerja 24jam pun manusia dah keletihan, lemah dan tidak bertenaga.

Maka di atas rahmat Allah lah, Allah menjadikan bagi kita siang dan malam. Allah tidak jadikan semua ini melainkan supaya kita bersyukur kepadaNya. Firman Allah dalam surah AlQashash ayat 73

" Dan Karena rahmat-Nya, dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya. " Surah AlQashash ayat 73

Oleh yang demikian, bangun sahaja dari tidur kita patut bersyukur. Bersyukur bukan sekadar kerana Allah menghidupkan kita malah kita bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan siang dan malam, bersyukur kita kepada Allah yang memberikan kepada kita ruang masa untuk berehat dan mencari rezeki.

No comments:

Post a Comment