22 February 2013

Bihun Sup dan Begedil Daging


share dari link fb ~Buku Resepi

Bihun Sup dan Begedil Daging 
Oleh:Puspa Wangi

Bahan2:
Ayam sebanyak mana yg nak
4 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya
Bihun, nasi impit, daun sup

Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Begedil
5 biji kentang
Daging kisar sebanyak mana disukai(digoreng sebentar tanpa minyak sehingga agak kering air)
3 biji Cili merah
Segenggam bawang goreng
Daun sup separuh ikat
Garam 3 sudu kecil
5 sudu tepung gandum(supaya begedil tak mudah pecah, optional)
sedikit tepung jagung untuk menggaul
2 biji telur di pukul

Bahan Cili Kicap
20 biji cili padi
2 cloves bawang putih
6 sudu Kicap manis
2 sudu soy sauce
6 sudu air
1 biji limau kasturi

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
2. Masukkan rempah sup dan kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam... gaul rata. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
3. Setelah ayam masak, keluarkan ayam dan biar sejuk. Kemudian racikkan isi ayam hingga habis.
3. Rebus kentang yg telah di buang kulit dan di potong kecil2 sehingga betul2 empuk (mcm nk hancur). Setelah itu,toskan kentang sehingga tiada air lnsung dan hancurkan kentang guna garfu. Cincang daun sup dan cili merah dan gaulkan bersama bawang goreng, tepung dan sedikit garam.
4. Panaskan minyak sederhana, bulat2kan begedil, golekkan di atas tepung jagung(supaya begedil tak mudah pecah) kemudian celup ke dalam telur dan goreng.
5. Mesinkan bawang putih, cili padi sehingga hancur. Masukkan kicap manis, soy sauce, air dan perahan limau kasturi. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.

No comments:

Post a Comment