[Perkongsian Ilmu]
Kepada sahabat muslimahku yang dihormati, tutuplah auratmu dengan sempurna. Aurat yang perlu ditutup adalah seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Mempunyai perbezaan dalam menutup aurat dengan membaluti tubuh. Menutup aurat adalah menutup seluruh bahagian tubuh badan yang telah ditetapkan oleh syariat dengan memakai pakaian yang longgar. Manakala seringkali yang berlaku adalah mereka yang membaluti tubuh iaitu berpakaian menutup aurat tetapi hakikatnya tidak. Hal ini kerana, pakaiannya ketat, dan kadangkala hanya menutup sebahagian dan yang lain tidak. Naudzubillah! Semoga sahabat muslimahku yang dihormati tidak seperti itu.
Salah faham yang seringkali berlaku juga adalah apabila ada segelintir pihak yang memahami bertudung sudah dianggap menutup aurat. Salah! Salah! Salah! Jika anda beranggapan sedemikian kerana batas-batas aurat meliputi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan, ayuh teliti kalam ini -
(http://www.iluvislam.com/ tazkirah/nasihat/ 2446-aurat-wanita-dari-al-q uran-dan-hadis.html)
Renungkanlah akan hadis Nabi SAW ini, “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)
Semoga kalian diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT untuk terus kuat berada dilandasan syariatNya. InsyaAllah. Tabarakallah. Wallahua'alam.
Salam Ikhlas,
Hamba yang dhaif.

(http://www.iluvislam.com/

No comments:
Post a Comment