25 February 2013

~BUAT KITA PENDOSA~


share dari link fb ~Syarifah Nur Syahdah Al-yahya

~BUAT KITA PENDOSA~ 

Satu malam saya iktikaf di satu masjid. Saya terdengar seorang menangis kuat sangat dalam pukul 2.30 pagi. Saya pergi dekat dengannya. Rupa-rupanya seorang alim besar. Bila dia ceramah puluhan ribu orang mendengarnya. Dia kata pada dirinya habislah kau, kau cakap macam Nabi--Nabi tapi rupanya di sisi Allah kau seperti Firaun. Dia menangis makin kuat

Lepas itu saya terfikir untuk membasuh tandas kerana terdengar itu cara untuk cuci hati. Tapi geli pula kerana tandas kotor. Dalam hati berbelah bahagi untuk membersihkan tandas. Saya dengar seorang dalam tandas dan sedang mencuci tandas yang sangat kotor tadi. Rupanya orang alim tadi. Subhanallah. Inilah orang alim yang sebenar.

Abdullah Ibnu Umar RA seorang sangat alim ilmu agama dan takwa. Dia sangat banyak menangis sehingga orang nasihatkannya kerana matanya yang sakit kerana menangis. Katanya apa guna mata yang tidak menangis kerana takutkan Allah.
Bagaimana kita yang ada sedikit ilmu agama. Ia mendekatkan diri kita pada Allah atau menjauhkan kita?

Orang yang ikhlas sentiasa mencari buruk dalam kebaikannya. Seorang yang sedang bercinta begitu berhati-hati dalam perlakuannya demi orang yang dicintainya. Orang yang mencintai Allah akan berhati-hati dalam tindakannya.

Ya Allah ampunkanlah dosa kami semua kerana kelalaian kami - ebit lew

No comments:

Post a Comment