24 August 2012

shared Haslinda Alias's photo.
✿~ SEMUA orang tahu RACUN sangat berbahaya..jangankan racun, keracunan makanan pun ditakuti..bagaimanapun, tidak ramai orang yang tahu betapa bahayanya DOSA..ianya lebih berbahaya daripada racun..

✿~ Dosa membua
tkan seseorang MERANA di dunia dan akhirat..paling teruk kalau terminum racun orang akan MATI tetapi bahaya dosa orang akan DIBAKAR di neraka dan sebelum dibakar api neraka, orang berdosa ini terlebih dulu membakar yakni MENYUSAHKAN orang lain di DUNIA..ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing..sangat TIDAK BETUL kata-kata itu..

✿~ KUBUR kita orang lain yang gali manakala kubur orang lain terkadang kita yang kena uruskan..maknanya dosa yang kita lakukan akan menyusahkan orang lain. Peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhoyong-hayang..memanglah duit dia tetapi jika dah mabuk dia LANGGAR orang, dah berapa ramai mangsa KEMALANGAN angkara pemabuk, rumah tangga HANCUR dek kerana arak..kan menyusahkan orang tu..maka, bertaubatlah sekarang..moga saya dan kalian dalam redhaNya...


"Wahai sekalian manusia, BERTAQWALAH kepada Tuhan Kamu, dan TAKUTILAH akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari AZAB DOSA masing-masing. Sesungguhnya JANJI Allah itu adalah BENAR, maka janganlah kamu diperdayakan oleh KEHIDUPAN DUNIA dan jangan pula kamu diperdayakan oleh BISIKAN dan AJAKAN Syaitan yang menyebabkan kamu berani MELANGGAR perintah Allah."

(Surah Luqman : 33)
 

No comments:

Post a Comment