Bersifat Benar dan Jujur.
Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta.Berkata
benar sekali pun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak
takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat
dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.
Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia
memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang dari was-was
syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati dan memelihara diri dari
sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan dan
benteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan
demikian jiwa seseorang akan sentiasa bersih, mulia dan terhindar dari
tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan membawa
kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat
dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yang
laknat
Astghfhirulah hal adzim..Naudzubilah min dzalik!
No comments:
Post a Comment