Andaikan tiga orang yang
berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam
keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di
dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih
kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih
sebelum menyimpannya..
Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak
boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada
nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong
sampah..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam
keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan
Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga...
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan
'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke
dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak
dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk
menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat
pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..
Semoga bermanfaat...
No comments:
Post a Comment