08 August 2012

Ramadhan Kareem.....akan meninggalkan kita..tak lama lagi..

Sahabat, Ramadhan sedang memandang ke arah kita & berkata: "Wahai hamba Allah, wahai umat Muhammad صلى الله عليه وسلم, wahai sahabatku! Pandanglah ke arahku ini, aku hanya akan bersamamu untuk beberapa hari sahaja lagi. Apakah kamu tidak sedih berpisah denganku nanti?. Jangan sia²kan aku kerana kita bertemu hanya setahun sekali."

Apakah kita tidak merasa apa²? Apakah kita masih tidak nampak lambaian kasihnya? Apakah kita sudah nampak cinta Aidilfitri? Satu² persatu wahai sahabat. Satu persatu.

Jangan jadikan Ramadhan ada seperti tiada, kerana itu akan merugikan diriku & dirimu. Allahu Robbi, muhasabah diri...
------------------------------------------

Foto: Beliau di medan perang, apa di tangannya? >>> Al-Quran.

~ Ramadhan bulan Al-Quran. Saya mengajak diri saya lagi & lagi, begitu juga anda untuk terus membaca Al-Quran. Masa masih ada.
 

No comments:

Post a Comment