18 August 2012

MUNAJAT SAMBIL MINTA PERTOLONGAN


:Kisah dan Teladan::

MUNAJAT SAMBIL MINTA PERTOLONGAN

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik ra katanya:
"Ada seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Mu'allaq, pekerjaannya berdagang. Ia seorang ahli ibadat yang suci.

Pada suatu hari, ia berangkat dari rumahnya lalu di pertengahan jalan, ia bertemu dengan penyamun yang bersenjata. Penyamun itu meminta barang dagangan yang dibawanya, jika tidak ia akan dibunuh!

Abu Mu'allaq menyerahkan semua barang nya, namun penyamun itu berkata:
"Bukan ini sahaja, aku mahu darahmu!"

Lalu Abu Mu'allaq meminta kebenaran untuk solat. Penyamun itu membernarkan.
Selepas mengambil wudhu', dan selesai solat, ia berdoa yang antaranya berbunyi:

" Ya Tuhan Yang Maha Penyayang,
Ya Tuhan Yang Memiliki Arasy yang mulia,
Ya Tuhan Yang melakukan apa yang dikehendaki-Mu.
Aku memohon dengan KegagahanMu yang kekal dan dengan
KekuasaanMu yang tidak berkurangan dan dengan CahayaMu yang
memenuhi sudut-sudut Arasy supaya Engkau melindungi aku dari penyamun ini.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menolong, tolonglah aku.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menolong, tolonglah aku.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menolong, tolonglah aku."

Tiba-tiba, seorang penunggang kuda yang membawa lembing tiba di tempat itu.
Dilembingnya penyamun itu hingga mati.

Dia bertanya: "Siapakah tuan, mengapa tuan menolong aku?"

Lelaki yang gagah itu berkata:

"Aku adalah Malaikat yang turun dari langit keempat.
DOA mu yang pertama dapat kudengar di pintu langit,
doamu yang kedua membuat penghuni langit kelam kabut dan
selesai doamu yang ketiga maka aku diberitahu bahawa doa itu dari seorang
yang sedang dalam KESULITAN, maka aku minta kebenaran dari Allah supaya membunuh penyamun itu.

Kemudian Malaikat itu berkata:

"Bergembiralah dan ketahuilah bahawa sesiapa yang berwudu' dan solat empat rakaat, kemudian membaca doa ini, maka doanya dikabulkan, sama ada dia
dalam kesulitan atau tidak."

[petikan dari Kitab 'al-Ishobah, jilid iv, ms:182]

No comments:

Post a Comment