AKAL..
Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya. Akal seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:
Maksudnya:
Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah Al-Fatir 35: Ayat 28).
Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai akal ini dalam sabdanya:
"Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari akal".
(Hadithriwayat at-Tirmizi al-hakim dalam “An-Nawadir” dengan sanad dha’if.)
Baginda juga bersabda:
"Tidaklah beruntung seorang lelaki (dengan satu pemberian) dibandingkan dengan kelebihan kurniaan akal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dan menahannya dari perkara yang buruk".
(Hadis riwayat Al-Mujbir)
Oleh kerana betapa tingginya nilai akal, maka Islam menganjurkan agar akal diisi dengan ilmu dan makrifat serta mendalami segala urusan agama agar dengan ilmu-ilmu itu akal menjadikannya sebagai sebab-akibat yang memandu segala tindakan, membezakan di antara yangburuk dengan yang baik, di antara yang hak dengan yang batilsebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yangmendalam dalam agama".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda baginda lagi:
"Kelebihan (keutamaan) seorang 'alim atas seorang 'abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari sahabat-sahabatku".
Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai dan kesan akal dalam proses membina kekuatan insan di dalam diri manusia. Dengannya manusia dapat mengenali serta dapat menyelami hakikat alam semestadan rahsianya.Oleh yang demikian akal seorang mukmin itu adalah akal fikiran yang waras, dapat membezakan buruk dan baik, halal dan haram, kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat menembusi di sebalik tutupan yang halus. Firman Allah:
Maksudnya:
Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar.
(Surah Al-Nur 24: Ayat 40).
Cahaya akal seseorang mukmin itu sentiasa bersinar, tidak dapat dipadamkan kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan, dilakukan pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat.
Rasulullah s.a.w menjelaskan:
"Sesiapa yang melakukan dosa maka bercerailah akalnya dari dirinya, ia tidakakan kembali kepadanya buat selama-lamanya".
Baginda s.a.w juga bersabda:
"Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengelilingi hati anak-anak Adam nescaya mereka dapat melihat (merenung) kerajaan Allah di langit dan di bumi".
(Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Abu Hurairah)
SubhanAllah..

No comments:
Post a Comment