Dari
Anas bin Malik RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda kepadaku: “Hai
anakku! Jika engkau mampu untuk tidak menyimpan dendam (tidak
berdendam) kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang, hendaklah
engkau kekalkan perbuatan itu..! Kemudian beliau menyambung pula: “Hai
anakku!..itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai
sunnahku, maka dia menyukai aku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan bersama2 aku di dalam syurga! ‘ (Riwayat Tirmidzi)
Dari Anas RA dari Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang tidak suka
kepada Sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!” (Riwayat Muslim)
Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar RA cuma
ada tambahan dipermulaannya berbunyi: “Barangsiapa yang berpegang kepada
Sunnahku, maka dia adalah dari golonganku”.
Dari Ibnu Abbas RA
bahawa Nabi SAW yang berkata: “Barangsiapa yang berpegang dengan
sunnahku ketika merata (berlaku berleluasa) kerosakan pada umatku, maka
baginya seratus pahala syahid”. (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat
Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, yaitu katanya:
“Baginya pahala orang yang mati syahid.” (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)
No comments:
Post a Comment