07 August 2012

Anugerah Lailatul Qadar

 
1. Kelebihan malam al-Qadar tidak dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu Ramadhan sahaja.
2. Fadhilat malam itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keislaman dalam setiap tutur kata, peri laku, akhlak, ibadat dan kegiatan kehidupan sepanja
ng Ramadhannya.
3. Kehadiran Lailatul Qadar disambut dengan penuh keyakinan dan keimanan akan termasuk dalam golongan yang dilimpahi kenikmatan syurga.
4. Pahala ibadat pada malam al-Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
.
Saat Makbul Doa
.
Sepanjang Lailatul Qadar adalah malam yang paling mustajab berdoa. Maka perbanyakkan doa pada malam itu, khususnya pada:
Masa berlalunya separuh malam.
Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
.
Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: “Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”
.
Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah.
.
Bertemu Lailatul Qadar
.
Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: “Bacalah:
للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى
“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)
.
Amalan Malam Lailatul Qadar

Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

by; ~shafiqolbu~

No comments:

Post a Comment