26 July 2012

Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2012


Kadar ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dengan disahkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri masing-masing.   Tahun ini, kebanyakkan negeri mengenakan zakat fitrah RM7 seorang. Negeri yang termurah ialah Perlis RM6 manakala yang paling mahal ialah Johor RM8 setiap orang.

Kadar zakat bagi negeri Kedah tahun ini kekal RM7 dan bayaran boleh dibuat melalui  kaedah pembayaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pengguna perkhidmatan Celcomdan Maxis.


Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.
  1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke21999 serta ikuti arahan seterusnya
  2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] [Negeri] dan hantar ke22032 serta ikuti arahan seterusnya
Pengguna  diperlukan untuk menghantar beberapa maklumat, seperti nama, nombor kad pengenalan, dan nama bagi siapa yang mereka ingin bayar zakat fitrah tersebut.

Pembayaran akan dilakukan dengan menolak kredit pra-bayar anda ataupun dikenakan pada bil pascabayar. 

No comments:

Post a Comment