26 March 2013

SENI BICARA : Memberi Salam & Salam

share dari link fb ~Syarifah Rokiah Al-Khred

SENI BICARA : Memberi Salam & Salam

Apabila kita bertemu dengan seseorang perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah memberi salam “Assalamu’alaikum” yang bermaksud “Sejahteralah kamu”. Ini merupakan ucapan pembuka yang ringkas dan paling manis untuk kita lakukan terhadap seorang muslim.

Selepas memberi salam teruslah berjabat tangan sambil memandang mata. Genggamlah tangan erat-erat sebagai tanda kemesraan kita. Namun janganlah pula sampai menyakitnya orang yang kita bersalaman itu. Amat tidak beradab sekiranya kita bersalaman dengan hanya hujung jari dan tidak memandang wajah seseorang itu.

“Apabila kamu diberi salam dengan sesuatu salam, maka hendaklah kamu membalas salam itu dengan salam yang lebih baik ataupun balaslah dengan salam yang seumpamanya.”
- Surah an-Nisa : 86 -

Selepas memberi salam dan bersalam, mulakanlah perbualan dengan kata-kata yang indah. Mungkin seperti ini :
1.Wah! Senyum sahaja nampak. Ini tentu ada berita baik ini.
2.Awak nampak hebat hari ini. Ada apa-apa yang boleh dikongsikan ke?
3.Saya dapat rasakan hari ini ada kelainan pada diri awak. Tahniah!!!

SUMBER:
http://www.indiamuslim.com.my/seni-bicara-2-memberi-salam-salam/

No comments:

Post a Comment