28 March 2013

Sakit adalah ujian

Sakit adalah ujian

Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang kita terhadap sesuatu.

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya “

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maha PengasihNya Allah s.w.t.

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

Mudahnya Islam

Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan isyarat mata.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)

Jumarni Bte Abdurachman

“Hidup untuk agenda Allah”

Oleh Hidayat Shariff
 

No comments:

Post a Comment